Skip to main content

MSN tetapkan Mini Olimpik Malaysia 29 Julai

Oleh Lukman Salleh
lukmsal@bharian.com.my

Tarikh asal bertembung dengan pertandingan antarabangsa membabitkan sukan badminton

KONTROVERSI mengenai tarikh penganjuran kejohanan Mini Olimpik Malaysia yang kerap tertunda akhirnya diselesaikan dengan hos utamanya - Majlis Sukan Negara (MSN) memilih 29 Julai sehingga 9 Ogos ini untuk menganjurkannya.

Kejohanan yang julung kali diadakan dengan matlamat melahirkan serta mempersiapkan atlit untuk menghadapi Sukan Olimpik, sebelum ini dilanda masalah dengan tarikh asal pada 20 Jun, bertembung dengan beberapa pertandingan antarabangsa terutama membabitkan sukan badminton.

"Ini tarikh muktamad... tidak akan lagi penangguhan," kata Pengarah Pengurusan Acara MSN, Jalil Abdullah (gambar), semalam. "Selepas perbincangan dengan persatuan sukan terbabit tarikh 29 Julai-9 Ogos ini adalah tempoh sesuai kerana atlit daripada lapan sukan yang bertanding tidak terbabit dalam sebarang pertandingan antarabangsa.

"Tarikh ini juga membolehkan semua pertandingan diadakan serentak dan tidak perlu beberapa pertandingan dilangsungkan berlainan tarikh kerana ia tidak akan memenuhi tuntutan sebagai satu pertandingan Mini Olimpik.

"Dengan tarikh baru ini semua pertandingan akan dilaksana serentak tidak lagi secara berasingan dan kita berharap semua pihak akan setuju dengan tarikh ini," kata Jalil.

Lapan sukan terbabit dalam Mini Olimpik ini ialah akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, gimnastik, memanah, menembak dan olahraga.

Sebelum ini, MSN berhajat melaksanakan Mini Olimpik Jun ini tetapi tidak kesampaian apabila kejohanan berkenaan terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan semua atlit utama negara mengambil bahagian.

Tarikh asal kejohanan iaitu pada 20 dan 21 Jun ini, bertindih dengan beberapa kejohanan utama badminton termasuk Terbuka Indonesia, di jadual pada 16 hingga 20 Jun diikuti kejohanan Grand Prix Emas di Johor.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...