Skip to main content

Pemain muda negara perlu perkuat mental

Oleh Mohd Fadzrie Hazis
fadzrie@bharian.com.my


K Rajan

Skuad hoki digamit cabaran getir Piala Dunia Remaja 2009

KEKUATAN mental serta kemampuan menangani tekanan beraksi di tempat sendiri adalah antara faktor yang perlu dihadapi pemain muda negara sebelum menyahut cabaran menentang England dalam perlawanan pembukaan di kancah Piala Dunia Remaja 2008 yang bermula 7 Jun ini di Johor Bahru.

Saranan ini dibuat jurulatih skuad remaja kebangsaan, K Rajan yang turut bersikap positif sasaran ke pusingan kedua mampu dicapai anak buahnya andai dua faktor itu mampu diatasi pemain sebelum perlawanan pertama.

“Kami kini berada di fasa terakhir persiapan dan bagi saya, pemain perlu bersedia beraksi di Piala Dunia Remaja dari segi mental dan fizikal kerana ia pasti berbeza daripada aksi perlawanan persahabatan.

“Peminat juga pasti mengharapkan keputusan baik daripada skuad negara memandangkan kami beraksi di tempat sendiri. Oleh itu pemain juga perlu bersedia memberi aksi terbaik tanpa sebarang tekanan.

“Jika kami mampu mengatasi dua faktor ini, saya percaya kami mampu melangkah ke pusingan kedua dengan menduduki dua tempat terbaik dalam kumpulan kami,” kata Rajan ketika ditemui, semalam.

Berbeza dengan skuad remaja kebangsaan sebelum ini, barisan kali ini tidak mempunyai seorang pun pemain yang memiliki pengalaman bersama skuad senior. Namun, Rajan tidak melihatnya sebagai satu penghalang buat pemain melakar kejayaan.

“Sudah pasti lebih selesa jika mempunyai pemain tonggak yang pernah bersama skuad senior, tetapi ia pasti membuat pemain bekerja lebih keras dan itu adalah kekuatan pasukan kali ini,” katanya.

BERITA HARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...