Skip to main content

Roslin, Chong Wei mara, Daren kecundang


KUANTAN - Pemain veteran, Muhd. Roslin Hashim melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Sirkit Badminton Kebangsaan Proton Terbuka Pahang apabila mudah menundukkan pemain Melaka, Syed Akbar Shah Syed Mustakim dengan 21-11, 21-19.

Bekas juara Terbuka Jepun itu mengambil masa 30 minit bagi menempah pertemuan dengan seorang lagi pemain pelapis negara, Chan Kwong Beng pada perlawanan separuh akhir hari ini di Stadium Tertutup Majlis Sukan Pahang (Sukpa), Indera Mahkota di sini.

Jika berjaya menewaskan Kwong Beng, Muhd. Roslin dijangka bertemu jaguh No. 1 dunia dan pilihan pertama, Datuk Lee Chong Wei yang diramal tidak berdepan masalah untuk mara ke perlawanan akhir Jumaat ini.

Kwong Beng sebelum itu menamatkan cabaran seorang lagi pemain pelapis negara, Liew Daren yang sebelum ini mengejutkan jaguh elit kebangsaan, Muhammad Hafiz Hashim. Kwong Beng menang dengan 21-17, 21-16 dalam masa 45 minit.

Sementara itu, Chong Wei turut tidak menghadapi banyak masalah untuk menewaskan pemain pelapis Kebangsaan, Tan Chun Seang yang mewakili BAM/Kedah dengan 21-9, 21-14 dalam masa 25 minit.

Dengan kemenangan itu, Chong Wei yang dalam impian mencipta hatrik pada kejohanan tersebut akan berdepan dengan seorang lagi pemain pelapis dan pilihan ketiga, Kuan Beng Hong yang telah menewaskan Mohd. Arif Abdul Latif dengan 21-15, 14-21, 21-17.

Dalam pada itu, saingan beregu lelaki pula menyaksikan empat pasangan pilihan, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong, Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif, Chong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng melangkah ke separuh akhir selepas berjaya mengenepikan saingan lawan masing-masing.

Beregu utama negara, Kien Kit-Boon Heong bagaimanapun terpaksa berhempas pulas apabila diheret ke permainan rubber sebelum berjaya menewaskan gandingan Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong dengan 15-21, 21-10, 22-20 dalam masa 42 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan beregu pilihan utama akan berdepan dengan pasangan veteran dan pilihan ketiga, Tan Fook-Wan Wah yang menewaskan Khoo Chung Chiat-Ong Soon Hock dengan 22-20, 21-13.

Sementara beregu pilihan kedua, Fairuzizuan-Zakry pula akan berdepan dengan pilihan keempat, Chong Ming- Choon Eng selepas menewaskan pasangan muda negara, Lim Khim Wah-Ong Jian Guo dalam perlawanan mendebarkan, dengan 21-14 18-21 21-17 dalam masa 40 minit.

Chong Ming-Choon Eng sebelum itu turut diheret ke permainan rubber oleh gandingan Mohd. Lutfi Zaim-Teo Kok Siang sebelum menang, 16-21 21-16 21-15 dalam masa 45 minit.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...