Skip to main content

Takraw Dunia: Thailand Ungguli Acara Beregu Lelaki, Wanita

KUALA TERENGGANU, 27 Mei (Bernama) -- Thailand menepati ramalan apabila menjuarai kategori lelaki dan wanita acara beregu pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Malaysia edisi ketiga di Stadium Negeri di sini hari ini.

Pada perlawanan akhir bagi kedua-dua kategori berkenaan, skuad lelaki dan wanita Thailand menundukkan pasukan Vietnam, masing-masing dengan kemenangan 2-0.

Kategori tersebut pertama kali diperkenalkan dalam kejohanan berprestij itu, tahun ini.

Bagi kategori lelaki, Thailand yang dibarisi Rawat Pabehompoo dan Supachai Maneenat menewaskan gandingan Tran Quang Khai-Le Tien Dung dengan 21-12, 21-14 dalam masa 35 minit.

Di peringkat separuh akhir pagi ini, pasangan Thailand itu mengetepikan cabaran pasukan Malaysia B yang diwakili Mohd Shaikullah Md Noor-Mohd Shafiq Abdul Rahman 21-19, 21-18 manakala pasukan Vietnam mengalahkan gandingan Indonesia 22-20, 21-15.

Tempat ketiga milik bersama pasukan Malaysia B dan Indonesia setelah masing-masing tewas di peringkat separuh akhir.

Bagi kategori wanita, Tidawan Daosakul-Pikun Seedam dari Thailand menang ke atas pasangan Vietnam, Luu Thi Kim Thuy-Nguyen Thi Dien Neu 21-13, 21-17 untuk muncul juara.

Pasukan Malaysia C dan India menduduki tempat ketiga bersama dalam kategori berkenaan.

Sementara itu, Malaysia D muncul juara dalam kategori divisyen dua acara beregu lelaki apabila mengalahkan Brunei 2-1.

Malaysia D yang menurunkan Mohd Subha Mohd Latip-Mohd Haminuddin Mohd Najib bangkit daripada kekalahan pada set pertama untuk menewaskan Ismail Ang-Azri Tahir 18-21, 21-15, 17-16.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...