Skip to main content

Thailand mula tunjuk kuasa


BANGGA... SKUAD Malaysia 'D' bergambar bersama piala dan pingat emas yang dimenangi bagi kategori lelaki Divisyen Dua padai Kejohanan Sepak Takraw Dunia 2009 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu semalam.


SEPERTI diramal, Thailand membuktikan kejaguhan mereka apabila menguasai acara double lelaki dan wanita pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia di Kuala Terengganu semalam.

Dalam aksi final di Stadium Negeri itu, beregu lelaki Thailand ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menewaskan Vietnam 21-12 dan 21-14.

Gandingan Rawat Dabehompoo dan Sudachai Maneenat menjinakkan lawan dari Vietnam, Tran Quang Khai dan Le Tien Tung hanya dalam masa 35 minit.

Bagaikan satu kebetulan, rakan senegara mereka, Tidawan Daosakul dan Pikun Seedam turut mengambil masa 35 minit mengalahkan beregu Vietnam 21-3 dan 21-17 dalam perlawanan akhir kategori wanita.

Sementara itu, beregu Malaysia 'D' terpaksa berhempas-pulas dalam perlawanan yang berlangsung selama 50 minit sebelum mengatasi beregu Brunei dalam penentuan tie-break.

Mohamad Subha Mohd. Latif dan Mohd. Haminuddin Mansor tewas set pertama 18-21 sebelum bangkit untuk menang 21-15 dan 17-16, sekali gus muncul juara Divisyen Dua.

Ketua jurulatih negara, Haris Abd. Rahman ketika mengulas prestasi anak buahnya berkata, tiga beregu Malaysia yang beraksi dalam Divisyen Satu agak tertekan dan gagal menyaingi Thailand serta Vietnam.

"Mereka lebih matang dalam acara double berbanding kita dan beregu kita juga tidak bernasib baik kerana berdepan lawan kuat di peringkat awal.

"Bagaimanapun, kita gembira kerana dapat menjuarai Divisyen Dua dan ketika ini mahu memberi tumpuan kepada acara regu dan berpasukan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...