Skip to main content

Tiada larangan ke luar negara - MSN


KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) tidak pernah mengeluarkan larangan kepada atlet atau pasukan kebangsaan daripada bertanding di luar negara ekoran kebimbangan terhadap wabak influenza A (H1N1).

Badan sukan kebangsaan itu sebaliknya hanya mengeluarkan nasihat kepada persatuan sukan supaya tidak mengunjungi lima negara yang telah disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong berkata, beliau perlu memberi penjelasan kepada persatuan-persatuan sukan yang terkeliru dengan arahan 'larangan' yang pernah dikeluarkan MSN sebelum ini.

Kesan daripada larangan itu, dikhuatiri akan menjejaskan persiapan mereka bagi menghadapi beberapa kejohanan penting seperti Sukan SEA (Disember), Sukan Komanwel (2010) dan Sukan Asia (2010).

"MSN tidak pernah mengeluarkan arahan melarang atlet dan pasukan kebangsaan daripada ke luar negara, apatah lagi Kementerian Kesihatan sendiri tidak pernah mengeluarkan larangan secara bertulis.

"Kami cuma menasihati mereka agar tidak mengunjungi lima negara yang telah dikenal pasti mempunyai kes H1N1, tetapi bagi program luar negara lain yang tidak diadakan di negara ini, ia masih boleh diteruskan.

"Contohnya, pasukan bola jaring dan hoki wanita kita sekarang berada di Australia untuk menjalani latihan dan pertandingan, kita faham atlet negara perlu sentiasa berada dalam keadaan pertandingan kerana mereka akan menghadapi banyak kejohanan besar tidak lama lagi seperti Sukan SEA (Disember) dan Sukan Asia serta Komanwel tahun depan.

"Tetapi ada program sukan yang terpaksa dibatalkan kerana ia melibatkan negara yang mempunyai kes H1N1 seperti latihan olahraga di Jerman dan hoki bawah 16, juga dijadual di Jerman.

"Namun bagi olahraga, kita telah meminta Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia supaya mengenal pasti negara lain yang boleh kita hantar atlet ini sebagai ganti kepada latihan di Jerman,'' ujar Zolkeples selepas mesyuarat bersama Menteri Belia dan Sukan di Putrajaya, semalam.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...