Skip to main content

UiTM juara Sukan Masum 2009


KOK CHUNG (barisan ketiga, tujuh dari kiri) bergambar bersama kontinjen USIM dan UTeM di UUM semalam.


DENGAN pungutan 39 pingat emas, 24 perak dan 24 gangsa, kontinjen Universiti Teknologi Mara (UiTM) dinobatkan selaku juara keseluruhan temasya Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2009 yang menutup tirainya semalam.

Daripada 22 acara yang dipertandingkan bermula 14 Mei lalu, UiTM muncul juara dalam acara tenpin boling lelaki, futsal wanita, ping pong lelaki, tenis lelaki, tenis wanita, memanah wanita, pencak silat lelaki dan wanita, badminton lelaki dan wanita, ragbi 15 sepasu- kan, sofbol wanita, sepak takraw, skuasy lelaki dan wanita serta tae- kwondo lelaki dan wanita.

Berada jauh di kedudukan kedua dengan jumlah pungutan 15 emas, 18 perak dan 13 gangsa ialah Universiti Malaya (UM), manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) pula berada di tangga ketiga dengan 15 emas, 16 perak dan sembilan gangsa.

Dalam majlis penutup yang diadakan di Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok itu, kontinjen yang beraksi cemerlang pada temasya kali ini menerima hadiah yang disampaikan oleh Timba- lan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung.

Berucap di majlis tersebut, Kok Chung berkata, adalah menjadi hara- pan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menanam dalam diri se- tiap pelajar supaya bergiat aktif dalam sekurang-kurangnya satu atau dua bidang sukan semasa berada di institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, IPT berperanan sebagai pemangkin kepada kecemerlangan sukan negara serta mewujudkan budaya bersukan di IPT ke arah memperkasakan modal insan dari segi akademik, pembangunan sahsiah dan rohani.

"Ini adalah selaras dengan hasrat untuk menyokong Dasar Pembangunan Sukan (DPS) IPT anjuran KPT yang sedang digubal.

"Saya percaya DPS IPT ini apabila dilulus dan diterima pakai nanti mampu menjadi penggerak utama kepada pembangunan dan pembudayaan sukan di IPT seluruh Malay- sia.

"Hasil utama DPS IPT ini untuk melahirkan Generasi Atlet Intelek yang akan mempunyai nilai keboleh pasaran di pasaran domestik dan antarabangsa," kata beliau.

Kok Chung menyeru setiap warga universiti yang terlibat dalam pembangunan pelajar supaya menghayati dan menyokong ke arah kejayaan pelaksanaan dasar itu nanti.

Tambah beliau, sukan juga diiktiraf sebagai platform yang berkuasa untuk meninggikan semangat kerjasama bagi mencapai satu kejayaan secara berpasukan.

"Sukan adalah alat penting dalam pembentukan perpaduan rakyat, lebih-lebih lagi dalam konteks negara yang berbilang kaum, agama, bangsa dan budaya. Saya yakin peneka- nan sukan di IPT boleh menjayakan lagi konsep '1 Malaysia' di kalangan para pelajar.

"Ini kerana sukan merentasi semua sempadan di mana kejayaan yang diburu bukanlah kejayaan peribadi tetapi kejayaan untuk pasukan ataupun IPTA yang diwakili," katanya lagi.

Beliau berharap, Masum dan juga pihak-pihak berwajib dalam IPTA yang memajukan sukan supaya banyak menerapkan nilai-nilai sejagat dalam program penggalakan sukan di kalangan pelajar.

"Gemblengkan kekuatan dan kelebihan pelajar berbilang kaum, agama, budaya dan bangsa dalam IPTA negara ini untuk memperkukuhkan konsep '1 Malaysia'.

"Jadikannya sumbangan IPTA ke arah Malaysia yang makmur, sela- mat dan sejahtera di mana rakyat- nya yang bersatu padu hidup dalam keadaan aman dan sentosa sepanjang masa," ujarnya lagi.

Pada majlis itu juga, Kok Chung menyerahkan bendera temasya Masum kepada tuan rumah Masum edisi ke-10 iaitu kontinjen Universiti Teknikal Malaysia (UteM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Hadir sama pada majlis semalam ialah Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi, Timbalan Pengerusi Masum, Dr. Shaharudin Abd. Aziz dan Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar KPT, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan.

KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...