Skip to main content

H1N1: KBS bertindak bawa ke kabinet


PUTRAJAYA - Kecewa dengan apa yang berlaku, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bertindak membawa isu pertelagahan berhubung wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) antara empat kementerian ke kabinet tidak lama lagi.

Kementerian yang dimaksudkan adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Sambil mengakui ada perbezaan pandangan dan masalah penyelarasan dalam membuat keputusan, Ahmad Shabery mahu perkara ini dapat diselesaikan segera agar atlet negara tidak menjadi mangsa.

"Saya akan bawa masalah ini untuk mendapat perhatian kabinet supaya selepas ini akan ada pelarasan dalam membuat keputusan.

"Memang ada pandangan berbeza antara empat kementerian ini dalam membuat keputusan berhubung penyertaan atlet elit dan pelapis negara ke kejohanan di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pembangunan Sukan Paralimpik Prestasi Tinggi Malaysia di sini, semalam.

Penyertaan atlet negara menjadi caca merba sejak kebelakangan ini berikutan wabak selesema babi yang melanda dunia ketika ini.

Sehingga ini dua penyertaan kontinjen negara terpaksa dibatalkan pada saat akhir iaitu ke Sukan Universiti Dunia di Serbia dan terbaru Sukan Remaja Asia di Singapura.

Ia berlaku disebabkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran mengeluarkan arahan tidak membenarkan mereka mengambil bahagian.

Sedangkan Kementerian Kesihatan dan KBS pula tidak mempunyai masalah untuk memberi lampu hijau kepada dua kontinjen negara asalkan bukan ke negara yang berisiko tinggi.

Dalam hal ini, timbul persoalan tentang arahan kementerian mana yang mahu dipatuhi dan didengar?

Siapa pula yang akan menanggung kerugiannya selepas belanja besar dikeluarkan untuk melatih atlet negara, memberi vaksin, mengadakan pemilihan dan sebagainya?

Tiadanya penyelarasan dalam membuat keputusan menyebabkan atlet negara yang telah melakukan persiapan berbulan-bulan menjadi mangsa perbezaan pandangan empat kementerian ini.

UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...