Skip to main content

MSN beri kelonggaran kepada KOAM





HASRAT Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menghantar atlitnya ke Kejohanan Dunia di Berlin, Jerman di sebalik penularan wabak Influenza A (H1N1), akhirnya mendapat restu Majlis Sukan Negara (MSN).

Pemangku Ketua Pengarah MSN, Abdul Jalil Abdullah berkata secara dasarnya MSN tidak menghalang atlit untuk menyertai mana-mana kejohanan luar negara ketika kes wabak selesema babi semakin serius kecuali ke negara berisiko tinggi seperti Amerika Syarikat.

"Dalam kes KOAM, MSN sedia memberi pelepasan jika atlit olahraga mahu ke Jerman. MSN tidak mahu menghalang atlit daripada bertanding di peringkat antarabangsa," katanya.

KOAM sebelum ini bertegas untuk menghantar atlitnya ke Jerman dan akan mencari penaja sendiri sekiranya MSN tidak membenarkan atlit tempatan ke luar negara atas alasan keselamatan akibat wabak tersebut.

Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim sebelum ini berkata Kejohanan Dunia dari 15 hingga 23 Ogos penting untuk disertai bagi mengelakkan atlit negara disenarai hitam akibat menarik diri daripada kejohanan berkenaan.

Abdul Jalil berkata dengan persetujuan MSN itu, perbelanjaan atlit negara ke Jerman akan ditanggung MSN.

Sebagai rekod, sehingga kini tiada atlit negara layak ke Kejohanan Dunia di Jerman itu secara merit.

Abdul Jalil berkata kekeliruan mengenai larangan ke luar negara mungkin timbul selepas Kementerian Belia dan Sukan pada Jumaat lalu membatalkan penyertaan kontinjen Malaysia ke Sukan Belia Asia yang berlangsung di Singapura yang bermula semalam.

Pembatalan itu, katanya, selaras dengan arahan Kementerian Pelajaran yang tidak membenarkan pelajar sekolah daripada menyertai sebarang kejohanan luar negara berikutan penularan wabak selesema babi.

Majoriti daripada 79 atlit yang sepatutnya ke Singapura terdiri daripada pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...