Skip to main content

Pembatalan ke AYG tak jejas program atlit pelapis


Oleh Meor Hisham Zulkifli
bhsukan@bharian.com.my

PROGRAM untuk atlit pelapis tidak terjejas walaupun terpaksa menarik diri daripada Sukan Remaja Asia (AYG) di Singapura yang bermula hari ini akibat penularan wabak Influenza A (H1N1).

Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, berkata program latihan dan pembangunan atlit tetap diteruskan kerana masih banyak kejohanan tempatan dianjurkan termasuk Karnival Atlit Pelapis pada Julai ini.

"Pembatalan ke kejohanan ini tidak menjejaskan keseluruhan program pembangunan kecuali atlit ini tidak mendapat pendedahan di peringkat serantau. Kami cuma tidak dapat nilai tahap kemampuan mereka berbanding atlit lain di dunia.

"Bagaimanapun, secara keseluruhannya, ia tidak menjejaskan persediaan negara untuk membentuk barisan pelapis yang mantap untuk skuad elit kebangsaan," katanya.

Kelmarin, Kementerian Pelajaran membuat keputusan muktamad melarang 71 atlit negara berlepas ke Singapura kerana bimbang penularan wabak H1N1 yang ketika ini sudah dikesan terhadap empat atlit dari Hong Kong selain beberapa kes yang dialami atlit Filipina.

Bagaimanapun, dua atlit pelayaran yang akan bertanding dalam acara baru C4 Byte, sudah pun berada di Singapura, dibenarkan terus bertanding di temasya itu.

Sementara itu, Jefri berkata, prestasi atlit negara dalam Kejohanan Olahraga Tiga Penjuru bawah 14 dan 15 tahun yang berakhir semalam, nyata memberangsangkan apabila pasukan negara menduduki tempat kedua di belakang Australia.

Malaysia memungut 27 emas, 17 perak dan 17 gangsa, tercicir lima emas berbanding Western Australia Little Athletics Association yang mengumpul 32 emas 36 perak dan 30 gangsa diikuti Majlis Sekolah Sukan Singapura 5-11-17.

Nur Aisyah Ahmat semalam turut menceriakan skuad negara apabila mencatat rekod dalam acara lumba jalan kaki 1,500 meter dengan catatan 7 minit 22.34s. Kelmarin, Mohd Azly Ghazali mencatat rekod dalam acara lompat tinggi dengan ketinggian 1.93m.

Dua lagi rekod kejohanan dipecahkan peserta luar iaitu merejam lembang dirakam atlit Australia, Cruz Hogan dengan catatan 62.50m dan Wong kai Yuan dari Singapura dalam acara lontar peluru, 17.26m.


Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...