Skip to main content

Pro & Kontra: Formula 4K perlu ada untuk kejayaan

Raja Ahmad Zainuddin

SAYA percaya, tidak ramai yang mengikuti bola sepak Piala Konfederasi yang sedang berlangsung di Afrika Selatan, iaitu gelanggang Piala Dunia 2010, secara serius sehingga pasukan Amerika Syarikat membuat kejutan.

Kekalahan juara Eropah, Sepanyol 2-0 di tangan Amerika Syarikat di separuh akhir, membuka mata ramai peminat. Mereka seperti tidak percaya pasukan ranking pertama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) itu tumbang.

Tapi, itulah bola sepak. Sebarang kemungkinan boleh berlaku dan pasukan Amerika Syarikat disifatkan melakukan kejutan paling besar untuk dekad ini.

Kejayaan mengalahkan Sepanyol itu di luar pemikiran orang biasa dan ia sebenarnya tidak berlaku dengan sendiri, tetapi dengan kajian, perancangan dan keupayaan menterjemahkan arahan jurulatih apabila berada di atas padang.

Yang pasti bagi saya ada formula tersendiri membabitkan empat perkara atau 4K. ia membabitkan kesungguhan, keyakinan, kerja keras dan kemahiran atau kepakaran. 4K inilah senjata pasukan Amerika Syarikat mengalahkan Sepanyol.

Bagi saya kalah menang Amerika Syarikat menentang Brazil di final tidak penting. Brazil bernasib baik menewaskan Afrika Selatan 1-0 pada perlawanan separuh akhir walaupun tidak menonjol.

Malah, kemenangan Brazil ke atas Mesir sebelum ini dengan 4-3 juga adalah kerana pengalaman dan mungkin rasa hormat yang terlalu tinggi oleh pasukan dari Afrika itu terhadap pasukan lawan.

Apakah kelebihan Amerika Syarikat yang tiba-tiba menjadi duri dalam daging kepada Sepanyol. Pertama, hampir 80 peratus pemain mereka, kini menimbang pengalaman, bermain di luar.

Lebih separuh pemain mereka bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) manakala yang lain di liga Sepanyol, Perancis, Sweden dan Belgium.

Antara mereka adalah Jozy Altidore yang tiba-tiba melonjak namanya kerana menjaringkan gol pertama ketika menentang Sepanyol yang kini bermain di La Liga bersama Villareal, Tim Howard (Everton), Jonathan Spector (West Ham), Carlos Bocanegra di Liga Perancis, Clint Depmsey (Fulham) dan Jay Demerit (Watford).

Amat jelas dengan pendedahan di luar negara membolehkan pemain Amerika Syarikat, berada dalam kedudukan mental yang cukup bersedia. melalui kerja keras dan kesediaan untuk melawan selain mematuhi arahan jurulatih.

Pasukan itu juga berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa selain strategi dan kemahiran, keyakinan adalah faktor utama.

Kita boleh belajar banyak daripada kejayaan pasukan muda seperti Amerika Syarikat ini, tetapi paling penting formula 4K itulah sebenarnya yang membawa kejayaan.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...