Oleh Rosnadiah Rosli
bhsukan@bharian.com.my
KEMENTERIAN Belia dan Sukan dijangka memulakan projek pembinaan sebuah Pusat Pembangunan Paralimpik di Kampung Pandan, Kuala Lumpur bernilai RM40 juta bagi meningkatkan mutu sukan paralimpik di Malaysia, pada September ini.
Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata pembinaan pusat yang pertama seumpamanya di Malaysia itu, kini dalam peringkat akhir aspek pelannya.
"Pusat ini lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang, lapangan memanah, gimnasium dan gelanggang, dijangka siap dalam dua tahun lagi.
"Ini adalah inisiatif kementerian dalam memberi keutamaan terhadap sukan paralimpik yang sering dijadikan sekadar sukan sampingan," katanya selepas merasmikan Seminar Pembangunan Sukan Paralimpik Prestasi Tinggi, semalam.
Comments
Post a Comment