Skip to main content

Bersedia terima hakikat di Laos - Shabery


KUALA LUMPUR - Lima bulan sebelum Sukan SEA Laos berlangsung peminat sukan tempatan diingatkan supaya tidak terlalu memberi harapan yang tinggi kepada kontinjen negara berikutan 32 sukan yang berpotensi menyumbang pingat emas tidak dipertandingkan.

Perkara ini telah disuarakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Mesyuarat Pengurusan Kali Ketiga penggal ke-16 di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil semalam.

Katanya, kontinjen negara yang bakal diwakili campuran atlet pelapis dan elit perlu bersedia untuk menerima hakikat bahawa mereka akan kehilangan 32 pingat emas dalam kejohanan tersebut.

"Kita mempunyai matlamat yang lebih besar berbanding di Laos, enam bulan selepas itu sebahagian atlet akan menyertai Sukan Asia di China termasuk Sukan Komanwel di India," katanya dalam sidang media semalam.

Jelasnya, Sukan SEA merupakan kejohanan yang lebih terarah kepada diplomasi sehingga menyebabkan beberapa acara banyak memberi kelebihan kepada tuan rumah.

"Saya tidak mahu atlet ketinggalan dalam sukan yang lebih besar seperti Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

"Bagaimanapun kita masih mempunyai kekuatan untuk memenangi 30 hingga 35 pingat emas, bukannya tidak mampu langsung membawa pulang pingat emas," katanya.

Sementara itu Ahmad Shabery juga menjelaskan sukan sepak takraw yang masih lagi diletakkan dalam kategori A bukan hanya dinilai kepada prestasi mereka baru-baru ini sebaliknya banyak lagi faktor lain.

"Walaupun mereka tewas kepada Korea Selatan dan Indonesia sebelum ini kedudukan sepak takraw masih lagi di ranking No.2 dunia di belakang Thailand dan membolehkan mereka berada dalam kategori A.

"Sepak takraw masih ada harapan untuk terus menyinar dalam kejohanan-kejohanan lain dan kami tidak mahu memusnahkan sasaran mereka beraksi cemerlang dalam Sukan Asia tahun depan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, masih terlalu awal untuk menentukan sejauh mana penglibatan Malaysia dalam perlumbaan Formula Satu selepas pasukan BMW-Sauber menarik diri daripada perlumbaan itu musim depan.

"Saya juga terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh BMW itu, bagaimanapun masih terlalu awal untuk kita melihat sejauh mana penglibatan Malaysia dalam Formula Satu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...