Skip to main content

Fazli aibkan pemanah Olimpian

Oleh Hasnira Hassan
niera@nstp.com.my


JAGOAN baru (dari kiri) Fazli Hisham, Haziq dan Aiman memperaga pingat masing-masing.

PEMANAH pelapis elit, Fazli Hisham Fauzi menjadi permata baru sukan memanah apabila meraih emas berganda selepas menguasai acara berpasukan dan individu recurve lelaki pada hari terakhir pertandingan memanah Mini Olimpik, semalam.

Pemanah berusia 19 tahun itu, mempamerkan kejaguhannya apabila menewaskan seniornya, Wan Mohd Khalmizam Wan Abdul Aziz 109-99 pada perlawanan akhir acara individu untuk meraih emas pertama. Gangsa dimenangi Cheng Chu Sian yang menewaskan Nazrin Aizad Mat Nasir 106-104.

Fazli Hisham kemudian berganding bersama Haziq Kamaruddin dan Aiman Hafizuddin Kamarzaman � dalam Trio D pada acara berpasukan untuk menewaskan Trio B, Mohd Zulkifli Tahil, Muhd Fareez Rosli dan Mohd Amirulfaiz Khairul, 214-207 bagi emas keduanya.

"Saat ini, memang saya seronok kerana pada mulanya saya agak gementar. Nasib baik jurulatih (Kim Jae-rack) berdiri di belakang saya, membuatkan saya mampu fokus kembali.

"Pada acara berpasukan pula, saya tidak begitu yakin, cuma kami saling membantu," katanya sambil mengakui markah yang diraih masih belum mampu mengatasi rekod peribadi terbaiknya, 116.

Gangsa acara berpasukan dimiliki Trio A, Chu Sian, Arif Farhan Ibrahim Putra dan Khairul Anuar Mohamad - yang menewaskan Trio C, Nazrin Aizad, Liew Tek Wa dan Wan Mohd Khalmizam.

Pingat emas acara individu recurve wanita pula terus dimenangi S Anbarasi yang mengatasi Noor Aziera Taib 106-104, ketika Nor Huda Azida Zulkifli meraih gangsa selepas menewaskan Nur Amirah Mohamed 101-88.

Gandingan Nor Aziera, Fepriyenita Anuar dan Yee Siew Fong mengatasi trio Nur Amirah, Betric Wong Zhia dan Nor Asreeni Abd Manap 196-190 untuk meraih pingat emas, ketika Nor Huda Azida, Siti Rashida Kamalbasah dan Ng Sui Kim menewaskan S Anbarasi, Farah Wahida Ismail dan Shahira Abdul Halim 187-186, untuk gangsa.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...