Skip to main content

Jaguh badminton tepati ramalan


CHONG WEI (tengah) muncul juara perseorangan lelaki Mini Olimpik di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.


SEPERTI diramal, pemain-pemain badminton elit negara mendominasi perlawanan akhir temasya sulung Mini Olimpik di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Pemain perseorangan lelaki dan wanita No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo menepati ramalan apabila menjuarai kategori masing-masing.

Chong Wei mudah menundukkan juara Seluruh England 2003, Muhd. Hafiz Hashim 21-17, 21-10 manakala Mew Choo menang 24-22, 21-17 ke atas pemain muda, Lydia Cheah.

"Mini Olimpik merupakan sebahagian daripada persiapan ke Kejohanan Dunia yang menjadi sasaran utama saya tahun ini," kata Chong Wei.

"Saya menjalani latihan yang cukup ketat sejak beberapa minggu lepas semata-mata untuk persediaan ke India. Begitupun, dengan penyertaan pada Mini Olimpik, saya kini sudah mula merasakan suasana kejohanan meskipun masih belum seratus peratus.

"Persiapan saya kini, sudah masuk 70 hingga 80 peratus tetapi saya harap, saya akan berada pada prestasi terbaik sebelum berlepas ke India."

Dalam pada itu, beregu wanita No. 1 dunia, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui turut menepati ramalan apabila mudah menewaskan Chong Sook Chin-Woon Khe Wei 21-16, 21-17.

Pei Tty turut menjuarai kategori beregu campuran bersama pasangannya, Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari apabila menewaskan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-11, 21-18.

Chan Chong Ming-Chew Choon Eng menewaskan beregu veteran, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah 16-21, 21-15, 24-22 pada perlawanan akhir beregu lelaki.

Sementara itu, pemanah pelapis negara, Fazli Hisham Fauzi membolot dua pingat emas dalam acara memanah.

Fazli, 19, berjaya mengetepikan dua pemanah bertaraf Olimpik setelah merangkul gelaran juara bagi acara recurve individu lelaki dan recurve berpasukan lelaki.

Dalam acara recurve individu lelaki, Fazli berjaya menggondol pingat emas setelah menumpaskan pemanah kebangsaan, Wan Mohd. Khalmizan Wan Abdul Aziz pada perlawanan akhir dengan mengutip 109 mata berbanding 99 mata yang dikutip oleh pesaingnya.

Bagi acara recurve individu wanita, pemanah kebangsaan, S. Anbarasi memungut pingat emas setelah berjaya menumpaskan Noor Aziera Taib dengan mengutip 106 mata berbanding 104 mata oleh pesaingnya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...