Skip to main content

KBS Cadang Abadikan Nama Nicol Di Gelanggang Utama Skuasy


KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan bercadang untuk mengabadikan nama pemain wanita nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David pada gelanggang utama Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek akan mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet untuk menamakan gelanggang utama di pusat skuasy itu dengan nama Nicol David sebagai tanda penghormatan terhadap ratu skuasy itu.

"Perkara seperti ini ada dilakukan di negara-negara lain. Oleh kerana sekarang ini di negara kita ada peraturan yang tidak membenarkan untuk menamakan sesuatu bangunan dengan nama orang yang masih hidup dan sebab itu kita akan buat kertas cadangan kepada kabinet supaya perkara ini dikecualikan," katanya di sini Rabu.

Ahmad Shabery berkata cadangan itu tidak keterlaluan memandangkan Nicol merupakan atlet contoh yang mampu mencapai tahap tertinggi dalam acara sukan khususnya di peringkat antarabangsa.

Katanya beliau telah memaklumkan cadangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri Majlis Makan Malam dan Pelancaran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) pada Sabtu lepas.

"Dalam perbincangan singkat itu, Perdana Menteri telah menunjukkan reaksi positif terhadap cadangan itu," katanya.

Ahmad Shabery hari ini meluangkan masa menyaksikan atlet-atlet skuasy negara bersaing pada pusingan awal Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2009 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.



-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...