Skip to main content

KBS, MSN 'menyerah awal' sebelum bermula Sukan Sea

Oleh Lukman Salleh

lukmsal@bharian.com.my

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) awal-awal lagi sudah mengisytiharkan tidak akan dapat mengulangi pencapaian terbaik kontinjen negara di Korat 2007, pada Sukan Sea XXV di Laos, penghujung tahun ini.

Sebaliknya, sasaran sederhana diletakkan dengan antara 30 dan 35 pingat emas berbanding 68 emas pada 2007.

Alasan utama untuk 'menyerah awal' oleh KBS-MSN ialah kontinjen Malaysia kehilangan 31 emas yang dimenangi di Korat daripada sukan bola keranjang, bowling, ekuestrian, gimnastik (artistik/gimrama), hoki, lawn bowl, pelayaran, polo, skuasy, terjun, trialtlon dan lumba basikal, yang tidak dipertandingkan di Vientiane dari 9 hingga 18 Disember ini.

"Banyak acara yang tidak dipertandingkan pada Sukan Sea di Laos, jadi Lembaga Pengurusan MSN berpendapat fokus pada temasya kali ini adalah sederhana dan juga kemungkinan tidak akan mendapat kedudukan yang tinggi," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, semalam.

"Malah, acara yang diadakan di Laos lebih bercorak diplomasi dengan beberapa acara tidak sesuai dimasukkan seperti sepak bulu ayam yang kita tidak ambil bahagian.

"Sasaran emas adalah 30 hingga 35 emas walaupun saya difahamkan persatuan sukan kebangsaan meletakkan sasaran 41 emas," katanya.

Sukan Sea XXV akan mempertandingkan 25 acara iaitu akuatik, olahraga, memanah, badminton, biliard dan snuker, tinju, lumba basikal (lebuh raya), bola sepak, golf, judo, karate-do, sepak takraw, menembak, taekwondo, ping pong, tenis, bola tampar, angkat berat, gusti, wushu, renang sirip, muay thai, pencak silat, petanque, dan sepak bulu ayam.

Kontinjen negara tidak akan mengambil bahagian dalam renang sirip, gusti, muay thai dan sepak bulu ayam.

Menurut Shabery, fokus sederhana di Laos bukan bermakna tiada persediaan yang rapi tetapi lebih kepada Malaysia kehilangan sukan yang menjadi kekuatannya.

Mengulas keputusan kontroversi Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk meletakkan sepak takraw dalam Kategori A - pembiayaan sepenuh - di sebalik prestasi mengaibkan pasukan kebangsaan, Shabery mempertahankannya dengan menyatakan sukan itu diberikan kategori A berdasarkan ranking keduanya di Asia Tenggara.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...