Skip to main content

Kejutan landa pemain beregu


Oleh Ahmad Khawari Isa dan Muhammad Khairil S Iswan
bhsukan@bharian.com.my

DUA beregu harapan negara ke Kejohanan Badminton Dunia, dua minggu lagi - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif - jadi mangsa kejutan pada hari pertama saingan Mini Olimpik, semalam.

Kien Keat-Boon Heong, pilihan utama temasya sulung itu, gagal mara ke pertentangan kemuncak, hari ini, selepas dijinakkan gandingan veteran, Chan Chong Ming-Chew Choon Eng 21-19, 21-17 di separuh akhir.

Nasib Fairuzizuan-Zakry lebih buruk apabila tersingkir pada perlawanan pertama selepas dikejutkan gandingan muda negara, Goh Wei Shem-Vountus Indra Mawan 21-18, 21-14.

Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky, bagaimanapun tidak bimbang dengan kekalahan itu, kerana percaya masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan sebelum ke Hyderabad.

Cuma, gelisah tidak dinafikannya, terutama melihatkan kegagalan Fairuzizuan-Zakry untuk memanfaat kelebihan pengalaman ketika membenarkan lawan lebih muda menguasai rentak permainan.

“Memang saya terkejut melihatkan mereka tidak mengawal pemain muda. Sebaliknya, mereka biarkan emosi mempengaruhi permainan. Saya harap baki waktu sebelum ke Kejohanan Dunia nanti, mereka mampu berbuat sesuatu,” katanya.

Final beregu hari ini bakal disaingi Chong Ming-Choon Eng menentang satu lagi beregu veteran, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah.

Kejutan bagaimanapun tidak mengganggu pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei, yang mudah melepasi dua halangan, semalam, buat menempah tempat ke final bertemu Hafiz Hashim, hari ini.

Chong Wei menang 21-15, 21-9 ke atas Roslin Hashim pada aksi pertama sebelum menjinakkan Sairul Amar Ayob 21-15, 21-5. Hafiz bagaimanapun ditentang hebat Wong Choong Hann pada separuh akhir sebelum menang 21-19, 19-21, 21-18.

Pilihan utama, Wong Mew Choo dan gandingan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui juga mudah mara ke final ketika final beregu campuran bakal disaingi Fairuzizuan-Pei Tty menentang Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...