Skip to main content

Mew Choo iringi Chong Wei


MEW CHOO akan
menentang Lydia Cheah pada
perlawanan
akhir hari ini.


DUA pemain badminton No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo masing-masing menempah laluan ke perlawanan akhir acara perseorangan pada temasya Mini Olimpik 2009 di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Chong Wei yang juga pemain No. 1 dunia menepati ramalan selepas mudah menewaskan Sairul Amar Ayob 21-15, 21-5 pada aksi separuh akhir.

Lawan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing itu pada perlawanan akhir hari ini ialah bekas juara Seluruh England, Mohd. Hafiz Hashim

Hashim sebelum itu dipaksa bekerja keras oleh pemain veteran, Wong Choong Han dalam perlawanan tiga sebelum menang 21-19, 19-21, 21-18.

Dalam acara perseorangan wanita, kehebatan Mew Choo selaku ratu No. 1 negara bakal diuji pemain muda, Lydia Cheah.

Pada aksi separuh akhir semalam, Mew Choo mudah menundukkan Stephanie Shalini 21-9, 21-14, manakala Lydia menewaskan Sonia Cheah 22-20, 21-16.

Begitupun, kejutan berlaku dalam acara beregu lelaki apabila pasangan No. 1 negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong apabila terkandas di separuh akhir selepas tewas 19-21, 17-21 kepada Chan Chong Ming-Chew Choon Eng.

Chong Ming-Choon Eng akan menentang Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada perlawanan akhir hari ini selepas pasangan veteran itu menang ke atas beregu muda, Goh Wei Shem-Vontus Indra Mawan 21-15, 20-22, 21-18.

Acara beregu wanita pula bakal menyaksikan pertemuan pasangan No. 1 dunia, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty menentang Chong Sook Chin-Woon Khe Wei.

Pada separuh akhir semalam, Eei Hui-Pei Tty menewaskan Lim Yin Loo-Ng Pau Leng 21-15, 20-22, 21-13 sementara Cook Chin-Khe Wei menang ke atas Lai Pei Jin-Shevon Lal Jemie 15-21, 21-9, 21-18.

Perlawanan akhir beregu campuran pula menemukan pasangan Peng Soon-Lui Ying menentang Mohd. Fairuzizuan Tazari-Pei Tty. - KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...