Skip to main content

Mini Olimpik bukan buang masa: Menteri

Oleh Ahmad Khawari Isa dan Hasnira Hassan
bhsukan@bharian.com.my




'Hutang tertunggak MSN akan dilangsai'

PETANDA awal penganjuran Mini Olimpik tampak hambar, bingkas dipertahankan. Jumlah belanja pengendalian mencecah RM1 juta juga dilabel Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, sebagai sederhana.

Cuma, kajian menyeluruh mengenai penganjuran sulung temasya itu akan dilakukan demi memastikan kelemahan dan kekurangan � terutama perancangan tidak teliti � mampu diperbaiki pada edisi akan datang.

"Jika penganjuran hambar, ia boleh diperbaiki pada masa depan. Saya tidak anggap ia sebagai membuang masa ataupun bertindih dengan kejohanan kebangsaan. Belanjanya juga sederhana berbanding penganjuran satu sukan.

"Contohnya, penganjuran kejohanan karate-do di Sarawak, baru-baru ini, sumbangan kementerian lebih daripada RM2 juta. Mini Olimpik ini juga kejohanan yang membabitkan penyertaan lebih 1,500 atlit.

"Kami juga tidak adakan upacara perasmian besar-besaran. Sekadar makan malam untuk rapatkan hubungan dengan semua atlit," katanya.

Ahmad Shabery bagaimanapun berharap belanjawan RM1 juta untuk edisi sulung kali ini mampu dikekalkan, menepati garis panduan untuk meminimumkan belanja ketika kesan penganjuran itu pula akan diperhalusi sebaik mungkin.

Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur temasya itu juga sebelumnya jadi sasaran kerana pengakuan masih berhutang bayaran tertunggak dengan semua lapan persatuan sukan terbabit dalam Mini Olimpik kali ini.

"Jumlah tertunggak itu tidak banyak. Ia akan dikaji dan disemak dan saya percaya ia akan diselesaikan," kata Ahmad Shabery.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong pula menyifatkan penganjuran Mini Olimpik kali ini mencapai tahap pertandingan berstandard tinggi, terutama menerusi pendedahan berguna kepada barisan atlit pelapis.

"Sebarang kelemahan akan kami gunakan sebagai landasan memperkemaskan pengendalian � terutama daripada segi pertandingan, publisiti dan penajaan � untuk edisi Mini Olimpik akan datang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Ex-coach's jail sentence cut to a year

PUTRAJAYA: The Court of Appeal yesterday sentenced former athletics coach C. Ramanathan to 12 months' jail for molesting two junior athletes 19 years ago. A three-man bench led by Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus unanimously dismissed Ramanathan's appeal against conviction, but varied the jail sentence of four years to a year, which was to run concurrently. Following yesterday's ruling, Ramanathan, 75, a former teacher, walked out a free man as he had served 10 months in Kajang Prison. Convicts get one-third remission for good behaviour while in prison. However, he will lose his pension. Hishamudin, who sat with Datuk Abdul Wahab Patail and Datuk Linton Albert, said the court found no merit to overturn the conviction. "However, in reducing the sentence, we considered Ramanathan's age and the long years the appeal has taken." Deputy public prosecutor Awang Armadajaya Awang Mahmud submitted that then High Court judge Tan Sri Abdull Hamid E...