Skip to main content

Mini Olimpik capai matlamat


KUALA LUMPUR - Walaupun baru dua hari temasya berlangsung, Mini Olimpik sudah mendapat gambaran positif dan dianggap mencapai matlamat sebenar penganjuran kejohanan tersebut.

Perkara itu disuarakan sendiri oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang menganggap fokus asal kejohanan ini adalah untuk memastikan atlet negara terus berada pada tahap terbaik.

"Penganjuran ini tidak perlu dijalankan secara besar-besaran, apa yang penting kita dapat menilai tahap persembahan atlet mahupun elit dan pelapis," katanya ketika menyaksikan acara memanah semalam.

Jelasnya, keputusan dan pencapaian yang dicatatkan dalam dua acara awal memanah dan badminton semalam serta kelmarin amat memuaskan terutama peningkatan mendadak atlet pelapis.

"Ini adalah medan terbaik buat mereka (atlet pelapis) menunjukkan kemampuan yang dimiliki, sebelum ini ada di antara mereka tidak mempunyai peluang beraksi di kejohanan luar negara.

"Bertemu dengan atlet yang lebih senior memberi gambaran bahawa mereka sedang bertarung dalam kejohanan antarabangsa, dalam masa yang sama kita boleh melihat potensi mereka sebenarnya," kata Razali.

Pendapat itu disokong oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, yang mengatakan pengelolaan Mini Olimpik sudah menunjukkan tanda positif dengan penglibatan atlet bertaraf tinggi.

"Kita boleh melihat sendiri tentangan yang diberikan atlet pelapis dalam acara badminton dan memanah. Bukan calang-calang, terutama selepas mereka mampu mengejutkan atlet elit semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam)," katanya.

Jelasnya, kejohanan ini yang dianggap sebagai program jangka panjang mampu diteruskan pada masa akan datang.

"Saya juga tidak fikir atlet yang lebih senior sengaja memberi laluan mudah memandangkan mereka masih mempunyai kejohanan antarabangsa yang perlu disertai.

"Mereka sepatutnya sentiasa mengekalkan prestasi dan tidak seharusnya tewas kepada atlet pelapis," katanya.

Ditanya mengenai keadaan dan maklum balas kejohanan ini, Zolkples berkata, sama seperti SUKMA yang mula dianjurkan pada 1986 ia lama-kelamaan akan mendapat perhatian umum.

"Ini adalah edisi pertama, walau bagaimanapun suasana kejohanan ini berlangsung dengan baik dan kami berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan pada masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Khalmizan Wan Abd. Aziz menjadi mangsa kepada atlet pelapis memanah, Fazli Hisham Fauzi apabila tewas dalam saingan akhir recurve lelaki individu semalam.

Fazli yang sebelum ini menumpaskan Cheng Chu Sian di peringkat separuh akhir tidak menghadapi masalah untuk menang besar 109-99 ke atas Wan Khalmizan dan lebih manis dia juga turut memenangi emas dalam acara recurve berpasukan lelaki.

"Saya tidak mempunyai rahsia dan strategi tersendiri untuk memenangi saingan akhir hari ini (semalam), apa yang saya lakukan ialah mendengar segala arahan jurulatih.

"Saya masih berpijak di bumi yang nyata, kedudukan saya masih lagi berada di bawah mereka (atlet elit). Bagaimanapun saya tetap bercita-cita untuk dinaik taraf kepada atlet elit suatu hari nanti," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...