Skip to main content

'Mini Olimpik hilang serinya'

Oleh Ahmad Khawari Isa dan Muhammad Khairil S Iswan
bhsukan@bharian.com.my




  • Misbun: Tak mampu beri motivasi
  • Rexy: Terlalu hampir kejohanan utama

    ADA 'ramuan yang hilang' daripada pentas Mini Olimpik ketika pemain terperangkap dalam situasi gagal menyerlahkan persembahan terbaik pada hari pertama saingan badminton temasya itu, semalam.

    Penilaian itu disuarakan jurulatih negara, Misbun Sidek, ketika ditanya wartawan mengenai situasi kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Kiara selama dua hari itu.

  • Misbun berkata, padanya, ia umpama berlatih dalam suasana kejohanan kerana penganjurannya dilihat kurang daya tarikan, selain tidak mampu memberi motivasi yang kuat kepada pemain untuk memberikan cabaran pada tahap tertinggi.

    “Masih ada yang perlu diperhalusi oleh penganjur terutama bagi menambahkan tarikan itu kerana kebanyakan pemain tidak mempamerkan kemampuan sebenar mereka.

    “Bagi pemain yang berada pada tahap tertinggi seperti Lee Chong Wei, dia akan melakukan sebaik mungkin untuk memenangi pertandingan ini, namun untuk pemain lain, ia hanya dianggap pelengkap jemputan,” katanya.

    Kata Misbun, sebagai contoh, publisiti yang diberikan kepada kejohanan ini amat sedikit dan jika ia dibuat sebaik mungkin, sekurang-kurangnya ia mampu menadi daya pemikat kepada pemain untuk bermain bersungguh-sungguh selain menarik penonton untuk hadir.

    “Namun, walau apa juga kelemahan yang ada, saya amat menyokong penganjurannya kerana ia dilihat amat bagus buat pemain bagi mempersiapkan diri untuk kejohanan yang lebih besar di masa hadapan,” katanya.

    Dalam pada itu, ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky pula berkata, temasya kejohanan itu dilihat terlampau hampir dengan kejohanan utama dunia mampu mendatangkan masalah kepada pemain.

    “Selain itu, ia patut diperbanyakkan kerana di Indonesia, kejohanan seperti itu dianggap lumrah bagi mengetengahkan pemain muda berpotensi.

    “Pemain yang hebat mampu dilahirkan dari kejohanan seperti ini kerana pasti akan berlaku ‘upset’ seperti apa yang berlaku pada hari ini yang dilihat dapat mencorak pemain supaya sentiasa berada di tahap tertinggi,” katanya.

    Comments

    Popular posts from this blog

    Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

    Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

    Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

    PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

    Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

    Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...