Skip to main content

Nicol, Beng Hee ke suku akhir


NICOL David mudah menewaskan lawannya dari Belanda, Vanessa Atkinson 11-4,11-5,11-8 pada Kejohanan Terbuka Malaysia CIMB di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

KUALA LUMPUR - Pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David dan Ong Beng Hee mara ke suku akhir skuasy Terbuka Malaysia CIMB ketika Mohd. Azlan Iskandar tewas kepada lawan dari Mesir, Omar Mosaad dalam saingan awal, semalam.

Nicol, pilihan pertama kejohanan mudah melepasi tentangan Vanessa Atkinson dari Belanda 11-4, 11-5, 11-8 untuk menentang pemain bukan pilihan, Kasey Brown dari Australia hari ini.

Beng Hee juga menang mudah ke atas pemain senegara, Muhd. Asyraf Azan 11-5, 11-9, 11-5 dan akan berdepan pilihan ketiga, Awel El Hindi dari Mesir.

Malang buat pilihan kelima, Mohd. Azlan yang kalah kepada pemain bukan pilihan Omar Mosaad 12-10, 5-11, 1-11, 9-11 dalam masa 56 minit.

Nicol yang ditemui berkata, dia dan Vanessa mengetahui corak permainan masing-masing mendorong pemain dari Belanda itu memberikan aksi terbaiknya.

''Dia beraksi baik hari ini memaksa saya meningkatkan permainan. Sepanjang perlawanan, saya berjaya menyekatnya dari terus menambah mata.

''Mengenai aksi suku akhir esok, saya menjangkakan tentangan sengit dari Kasey kerana dia beraksi baik pada kejohanan dunia,'' kata Nicol.

Perlawanan peringkat berikutnya akan berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang menyaksikan perlawanan, semalam berkata, beliau telah mencadangkan kepada Kabinet supaya Center Court iaitu gelanggang utama di Pusat Skuasy Nasional di sini dinama sempena nama Nicol.

Jelasnya, ini bagi mengiktiraf kecemerlangan pemain kelahiran Pulau Pinang itu, juga sebagai satu penghormatan kepada Nicol.

''Saya sudah memaklumkan kepada rakan-rakan di Kabinet mengenai perkara ini. Memang ada peraturan yang tidak membenarkan sesebuah bangunan dinama sempena nama tokoh yang masih hidup.

''Namun dalam hal ini, saya berharap ia dikecualikan kerana kita mahu menjadikan kejayaan Nicol sebagai contoh kepada kelahiran lebih ramai pemain sepertinya.

''Perkara ini telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau memberikan reaksi positif,'' katanya.

UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...