Skip to main content

Nicol ke suku akhir


RATU skuasy negara, Datuk Nicol David berada pada laluan terbaik untuk menjulang trofi Terbuka Malaysia buat kali kelima berturut-turut tahun ini.

Semalam, pemain ranking pertama dunia itu meneruskan cabarannya ke suku akhir Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Malaysia selepas mudah menjinakkan pemain Belanda, Vanessa Atkinson.

Pada pusingan pertama itu, Nicol menang 11-4,11-5,11-8 dalam permainan yang hanya mengambil masa 38 minit.

Menanti juara Sukan Dunia itu di suku akhir hari ini ialah pemain Australia, Kasey Brown yang terlebih dahulu membuat kejutan apabila menundukkan pilihan keenam dari Mesir, Omneya Abdel Kawy 12-10,11-5,11-7.

Sementara itu, impian pemain No. 2 negara, Delia Arnorls untuk mengiringi Nicol ke pusingan suku akhir tidak kesampaian.

Delia yang beraksi dengan menggunakan tiket wild card, nyata bukan tandingan pemain pilihan ketiga, Natalie Grinham dari Belanda apabila tewas 5-11, 4-11, 8-11.

Dalam saingan lelaki, pemain harapan negara yang juga juara bertahan, Ong Beng Hee tidak berdepan masalah untuk menundukkan rakan senegara, Muhd, Asyraf Azan pada pusingan pertama.

Beng Hee yang diletakkan sebagai pilihan keenam, menang 11-5,11-9,11-5 dalam permainan yang mengambil masa 39 minit dan akan bertemu pemain pilihan ketiga dari Mesir, Wael El Hindi yang terlebih dahulu menundukkan pemain India, Saurav Ghosal 11-8,11-7,11-6.

Begitupun, nasib tidak menyebelahi seorang lagi pemain negara, Mohd. Azlan Iskandar apabila tewas kepada pemain bukan pilihan, Omar Mosaad dari Mesir.

Azlan yang turun selaku pilihan kelima, tewas 12-10, 5-11, 1-11, 9-11.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...