Skip to main content

Nicol mudah mara ke separuh akhir


Nicol Ann David mudah mengalahkan Kasey Brown (kanan) pada saingan suku akhir Terbuka Malaysia CIMB di The Curve Damansara, malam tadi. - UTUSAN/Asmaruddin Jamaluddin


PETALING JAYA - Pemain skuasy No. 1 wanita dunia, Datuk Nicol Ann David tidak berdepan masalah mara ke separuh akhir perseorangan wanita skuasy Terbuka Malaysia selepas menang mudah dalam suku akhir, semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara itu, Nicol yang juga pilihan pertama kejohanan mudah menewaskan pemain Australia, Kasey Brown 11-4, 11-8, 11-3 dalam masa 32 minit.

Kejayaan pemain kelahiran Pulau Pinang itu turut disaksikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Di separuh akhir yang bakal berlangsung di tempat sama pada pukul 7.30 malam hari ini, Nicol akan menentang pemain No. 3 dunia kelahiran Australia, Natalie Grinham yang mewakili Belanda.

Natalie mara selepas diheret bermain selama 53 minit sebelum menang ke atas pemain Ireland, Madeline Perry 11-5, 11-7, 10-12, 11-3.

Satu lagi separuh akhir menyaksikan pertemuan antara kakak Natalie yang mewakili Australia, Rachael menentang pemain England, Alison Water.

Sementara itu dalam perseorangan lelaki, hasrat untuk menyaksikan Ong Beng Hee mengikut jejak Nicol tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain pilihan ketiga dari Mesir, Wael El Hindi di suku akhir semalam.

Bagaimanapun Wael tidak diberi laluan mudah apabila Beng Hee mengheretnya hingga lima set sebelum menang 1109, 12-14, 8-11, 11-6, 11-9 dalam masa 108 minit.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...