Skip to main content

Pertembungan prestij


JADI REBUTAN... Devan (kiri) dan Robby (kanan) memegang Piala Selangor pada sidang media di Kelana Jaya semalam.


PERLAWANAN bola sepak jemputan Piala Selangor 2009 di Stadium Shah Alam malam ini bakal menjanjikan aksi hebat.

Ini kerana dua pasukan dari dua negara berjiran, Malaysia dan Indonesia bakal berentap memburu kejuaraan.

Tatkala Selangor tampil selaku juara Liga Super dan Piala FA musim ini, Persib Bandung pula merupakan pemenang tempat ketiga Liga Super Indonesia (LSI) musim lalu.

Jurulatih Selangor, K. Devan yakin anak-anak buahnya masih berada dalam prestasi terbaik selepas mereka membelasah PDRM 6-1 dan Pahang 5-1 pada dua aksi terakhir Liga Super minggu lalu.

"Kita berada pada prestasi terbaik ketika ini ditambah pula kehadiran Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy yang akan menguatkan lagi kesebelasan utama Selangor.

"Kita tetap menghormati Persib Bandung kerana mereka memiliki penjaring terbanyak musim lalu (Christian Alfaro Gonzales) serta beberapa pemain kebangsaan Indonesia. Saya rasa satu permainan menarik akan dapat disaksikan," kata Devan semalam.

Selangor hanya menyenaraikan 18 pemain skuad Liga Super untuk perlawanan malam ini, sekali gus mengetepikan K. Nanthakumar, Sanjos Sundawat, S. Sritharan, Fadzirul Zakaria, Fairul Azwan Shahrullail, Fauzan Dzulkifli, C. Premnath dan Raslam Khan Abd. Rashid.

Sekalipun menyedari tugas berat bakal dihadapi, penolong jurulatih Persib Bandung, Robby Darwis tetap yakin anak buahnya akan tampil penuh bersemangat bagi membawa pulang Piala Selangor edisi sulung itu dari bumi Shah Alam.

"Kami menganggap perlawanan ini satu prestij dan kebanggaan kerana jika dilihat dari satu sudut, ia pertembungan antara dua kelab terkuat dari dua buah negara berjiran ini," katanya.

Persib Bandung membawa 20 pemain termasuk ayam tambatannya, Gonzales dari Uruguay.

Selain itu, Persib Bandung turut menyandarkan harapan kepada dua pemain kebangsaan Indonesia, Nova Arianto dan Maman Abdurahman.

Tiket-tiket bagi perlawanan malam ini berharga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) masih boleh dibeli di kaunter tiket stadium bermula pukul 9 pagi ini.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...