Skip to main content

Sukan SEA Laos: Sepak takraw bertanding bawah kategori A

KUALA LUMPUR - Skuad elit sepak takraw lelaki negara kini boleh menghela nafas lega selepas terlepas daripada senasib dengan skuad bola sepak, apabila disenaraikan di bawah Kategori A untuk ke Sukan SEA Ke-25 di Laos, Disember ini.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merestui pemergian anak buah Haris Abd. Rahman ini ke Laos di bawah pembiayaan sepenuhnya sekalipun dikritik hebat gara-gara dikejutkan Indonesia, Vietnam dan Korea Selatan dalam Kejohanan Dunia Piala Malaysia dan Piala Raja Thai dari Mei hingga awal bulan ini.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi memberitahu perkara itu ketika dihubungi Utusan Malaysia selepas mesyuarat pengesahan penyertaan kontinjen negara itu, semalam.

"Hanya skuad sepak takraw wanita yang perlu membayar sendiri perbelanjaan ke Sukan SEA di bawah Kategori B, skuad lelaki pergi dengan Kategori A,'' katanya.

Kelmarin, MOM meluluskan skuad bola sepak di bawah Kategori B, malah tidak mendapat bantahan atau rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menerimanya secara rasional memandangkan tiada keputusan pada peringkat antarabangsa yang boleh dibanggakan.

Di bawah syarat Kategori B, MOM bagaimanapun bersedia membayar balik perbelanjaan di Laos sekiranya skuad atau atlet berkenaan berjaya meraih sekurang-kurangnya pingat perak daripada temasya serantau dwi tahunan itu.

"Jika tidak termasuk taekwondo yang masih cuba disertai di bawah satu jawatankuasa persatuan sementara, Malaysia bakal mengambil bahagian dalam 20 daripada 25 jenis sukan yang dipertandingkan di Laos.

"Kami (semalam) turut mengesahkan penyertaan Malaysia dalam sukan angkat berat, wusyu, bola tampar, pingpong, petanque dan pencak silat selain 12 (kelmarin) iaitu bola sepak, olahraga, akuatik, memanah, badminton, biliard-snuker, tinju, berbasikal, golf, judo, karate dan menembak.

"Kontinjen negara cuma tidak akan beraksi dalam gusti, sepak bulu ayam, renang sirip dan muay Thai," ujarnya mengenai temasya di Laos dari 9 hingga 18 Disember yang mempertandingkan semula beberapa sukan pelik itu selepas Vietnam memperkenalkannya pada 2003.

Kira-kira 600 atlet dan pegawai dijangka menganggotai kontinjen negara ke Laos manakala taekwondo yang masih tidak mempunyai badan induk setelah Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) dibubarkan pada 5 Julai 2007, mungkin mampu menyertainya di bawah tiket bebas MOM.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...