Oleh Haika Khazi
bhsukan@bharian.com.my
KERAJAAN sedia mempertimbangkan permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) supaya pembinaan velodrom tertutup bertaraf Olimpik di Malaysia, dipercepatkan berbanding cadangan asalnya menerusi Rancangan Malaysia ke-10.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata pihaknya sedar kehendak MNCF mempunyai kaitan rapat dengan kepentingan atlit dan sukan berbasikal negara, pada masa depan.
"Saya sedia melihat sejauh mana kemudahan ini boleh dibina lebih awal tetapi jika kerajaan mahu teruskan tahun ini, kita terpaksa korbankan projek lain.
"Walaupun saya sedar kita perlu mempunyai velodrom bertaraf Olimpik kerana ia satu keperluan, kita tidak boleh membelakangi peraturan sedia ada untuk melaksanakan projek besar," katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, semalam.
Malah, Ahmad Shabery berkata kejayaan atlit berbasikal negara yang muncul sebagai juara dunia dan Asia tanpa kemudahan infrastruktur yang cukup wajar dicontohi atlit lain.
"Saya bangga kerana atlit berbasikal negara berjaya menunjukkan contoh yang baik dengan muncul juara Asia dan dunia walaupun tidak mempunyai tempat sesuai untuk latihan."
Comments
Post a Comment