Skip to main content

Malaysia dalam bahaya: Kok Chi

Oleh Lukman Salleh
lukmsal@bharian.com.my

'Atlit renang, olahraga berdepan saingan getir Singapura, Thailand, Vietnam'

MALAYSIA bakal berdepan kesukaran mengulangi pencapaian cemerlang pada Sukan Sea Laos, Disember ini berdasarkan kepada prestasi atlit yang kurang menyerlah serta ketika sama peningkatan ditonjolkan negara jiran.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata antara sukan yang mungkin menyaksikan kemerosotan pungutan pingat ialah renang di mana skuad akuatik negara menyumbangkan sejumlah 14 emas dua tahun lalu di Korat.

"Saya berpendapat renang akan berdepan kesukaran mengulangi kejayaan di Laos," kata Kok Chi. "Ini kerana negara lain terutama Singapura menunjukkan peningkatan cukup mendadak dan kontinjen Malaysia harus berhati-hati.

"Terjun mungkin tidak berdepan masalah kerana atlit kita sudah pun menunjukkan persembahan cemerlang pada Kejohanan Dunia di Rome, baru-baru ini.

"Selain itu, kita juga harus berwaspada dengan sukan olahraga. Sekalipun KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia) meletakkan sasaran 10 emas dan tampak realistik tetapi sebenarnya saingan amat sengit terutama sekali daripada Thailand dan Vietnam," katanya.

Dengan Laos hanya menganjurkan 25 sukan, termasuk empat atau lima sukan tradisional yang tidak akan disertai kontinjen negara, Malaysia kemungkinan besar menyandarkan harapan sekali lagi kepada sukan tempur seperti karate-do untuk memberi pungutan emas.

Dua tahun lalu di Korat, karate-do menyumbangkan lapan emas yang membantu kontinjen negara untuk membawa pulang keseluruhan 68 emas dan tempat kedua pungutan pingat keseluruhan.

"Karate-do dijangka mampu memberi persembahan baik di Laos," kata Kok Chi.

Dia juga menambah, secara keseluruhannya Sukan Sea kini kurang menjadi tumpuan di kalangan negara anggota termasuk Malaysia dan ia mungkin kerana negara anggota tidak lagi menganggap temasya berkenaan satu sukan serantau yang penting.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...