Skip to main content

Malaysia Hantar 141 Atlet Dan Pegawai Ke Sukan Dalam Dewan Asia

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan menghantar 141 atlet dan pegawai bagi menyertai Sukan Dalam Dewan Asia ketiga di Hanoi, Vietnam yang berlangsung selama 10 hari bermula 30 Okt ini.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata daripada jumlah itu, 73 merupakan atlet lelaki manakala 33 pula adalah atlet wanita.

"Kita hanya akan mengambil bahagian dalam lapan daripada 22 acara yang dipertandingkan iaitu petanque, sepak takraw hoop (bulatan), kabbadi, silat, futsal, tenpin boling, tarian singa dan tarian naga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Kok Chi berkata MOM tidak meletakkan sebarang sasaran dalam temasya sukan itu kerana ia lebih kepada sukan pertunjukkan dan keutamaan MOM adalah kepada empat jenis temasya sukan iaitu Olimpik, Komanwel, Asia dan SEA.

Semasa ditanya mengenai perbelanjaan ke temasya sukan yang diadakan setiap dua tahun itu, Kok Chi berkata ia ditanggung sepenuhnya oleh persatuan terbabit sendiri atau Majlis Sukan Negara jika mendapat sokongan.

"Bagi persatuan yang mampu mereka boleh menghantar atlet tetapi saya pasti setiap persatuan mempunyai fokus yang tersendiri dan di tahap mana mereka ingin capai dalam jangka masa tertentu.

"Sebagai contoh, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia pastinya memberi keutamaan kepada Sukan Olimpik berbeza dengan Persatuan Kabbadi Malaysia yang mempunyai sasaran yang lebih rendah seperti di Asia.

"Begitu juga di dunia ini terdapat lebih daripada 50 jenis sukan namun sebahagiannya merupakan sukan rekreasi. Kita tidak boleh memberi fokus kepada semua jenis sukan, Sukan Olimpik sekalipun hanya mempunyai 26 jenis sukan," katanya.

Mengenai laporan kelewatan pembinaan gelanggang-gelanggang bagi Sukan Komanwel 2010 di India, Kok Chi berkata ia biasa berlaku kepada negara tuan rumah kerana mungkin kekurangan dari segi kewangan dan sebagainya.

"Tetapi saya yakin India boleh menyiapkan gelanggang-gelanggang itu dan semua akan berlangsung mengikut jadual iaitu pada bulan Oktober. Kita hanya boleh menunggu dan memantau perkembangannya," katanya.

Media di India sebelum ini melaporkan bahawa penilaian juruaudit kerajaan mengenai kerja-kerja pembinaan gelanggang menunjukkan berlaku kelewatan serius.

Laporan tersebut mendedahkan bahawa 13 daripada 19 buah gelanggang yang akan digunakan pada temasya yang berbaki 14 bulan itu sama ada masih dalam pembinaan atau pengubahsuaian.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...