Skip to main content

MNCF minta MOM buat rayuan kedua

Oleh Muhammad Khairil S Iswan
mkhairil@bharian.com.my


RIZAL diramal berpeluang menggondol pingat emas dalam acara 1km ITT kerana menjuarai acara berkenaan di Kejohanan Sedunia 2009.

Desak masukkan 1km ITT dalam Sukan Asia

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) akan menulis surat rasmi meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengemukakan rayuan kedua kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) supaya acara 1 kilometer ujian masa individu (1km ITT) dapat dijadikan salah satu acara di Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Presidennya, Abu Samah Wahab menegaskan beliau sudah mengadakan perbincangan panjang lebar dengan Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, semalam yang kemudian memintanya menulis surat rasmi kepada mereka.

Kata Abu Samah, melalui surat itu, MOM boleh mengemukakan kembali rayuan buat kali kedua supaya ia dapat dipertimbangkan pihak OCA.

"Melalui kenyataan dikeluarkan ACC, OCA bertanggungjawab membuat keputusan acara mana yang akan dimasukkan dalam Sukan Asia dan difahamkan hanya acara di Sukan Olimpik akan diadakan di Sukan Asia.

"Oleh itu, saya berasa Malaysia tidak dilayan secara adil kerana acara 500 meter ujian masa wanita juga bukan acara Sukan Olimpik namun ia dipertandingkan hanya kerana China mempunyai pelumba yang handal.

"Saya ingin memaklumkan kepada mereka bahawa acara ini wajar dijadikan acara rasmi bukan kerana Malaysia sahaja mempunyai pelumba yang handal, malah China juga memiliki dua pelumba bertaraf dunia iaitu Tang Wenhao dan Han Tao," katanya yang juga salah seorang Naib Presiden ACC dan juga Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA).

Malaysia diramal berpeluang menggondol pingat emas dalam acara 1km ITT kerana Mohd Rizal Tisin adalah pemenang acara berkenaan di Kejohanan Sedunia 2009 di Poland biarpun gagal mempertahankan kejuaraan dalam acara berkenaan di Kejohanan Lumba Basikal Asia 2009 (ACC 2009) di Indonesia bulan ini.

Abu Samah juga berkata dia sudah membangkitkan isu itu di mesyuarat Kongres Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) 2009 yang diadakan di Indonesia 14 Ogos lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...