Skip to main content

Munich 72' terus kekal dalam ingatan Othman

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my


PEMILIK Syarikat Faiza, Faiza Bawumi Sayed Ahmad (dua dari kiri) menyerah sumbangan kepada Othman.

Wira bola sepak Olimpik kini kesepian

KETIKA melangkah masuk ke stadium dipenuhi 60,000 penonton, Othman Abdullah seperti tidak percaya dirinya beraksi untuk negara dalam acara bola sepak pada temasya sukan terbesar di dunia � Sukan Olimpik Munich 1972.

Hanya memakai kasut lusuh yang dianggap bertuah buat diri Othman nyata tidak berasa dirinya terlalu kecil berdepan jaguh Eropah, Jerman pada perlawanan pertama, namun terpaksa menerima hakikat betapa skuad kebangsaan tewas 0-3 kepada tuan rumah.

"Kepantasan lawan nyata sukar dibendung, tambah pula mereka mendapat sokongan padu penyokong sendiri untuk memberi semangat kepada pemain Jerman yang langsung tidak memberi kepada kami bergerak.

"Pada awal kerjaya, saya beraksi selaku penyerang ketika bersama Johor namun posisi itu diubah apabila tersenarai dalam skuad kebangsaan B apabila beraksi di posisi bek kanan dan bermula dari situ nama saya terus tersenarai di dalam skuad A yang akan beraksi di Sukan Olimpik," katanya.

Namun semua itu sekadar menjadi kenangan indah buat Othman yang kini berusia 64 tahun. Ketika ini dia tidak lagi gah seperti dahulu dan kehidupannya berubah gara-gara kemalangan motosikal sebelum diserang angin ahmar sehingga memaksa dirinya terbaring selama sebulan pada 2005, selain penyakit darah tinggi.

Keperitan itu berterusan apabila isterinya, Siti Wagiman, 65, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung tiga bulan lalu menambah lagi penderitaan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu yang kini sekadar menagih kasih sayang dari anak-anaknya.

Mereka yang prihatin boleh menghulurkan menderma menerusi akaun Maybank Yakeb untuk kempen 1Ringgit 1Malaysia, 564847005696. Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi sms YAKEB1, YAKEB2, YAKEB5 atau YAKEB10 (RM1, RM2, RM5, RM10) ke 33898.

Malah tabung kutipan juga turut disediakan di pejabat NSTP di Jalan Riong, Kuala Lumpur selain cawangannya di seluruh negara begitu juga Bank Simpanan Nasional.

Untuk sebarang pertanyaan panggil 03-89964841/4844 atau layari www.yakeb.org.my.

Jangan lupa menonton kisah BersamaMu-Wira Sukan, Anda Tetap Di Hati di TV3 jam 9.30 malam ini.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...