Skip to main content

Piala Malaysia penting - Mat Zan

KUALA LUMPUR - Bukan sekadar melengkapkan jadual tetapi memberi tentangan sengit serta sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir Piala Malaysia, itulah misi utama pasukan KL PLUS apabila tirai kejohanan tersebut bermula 26 September ini.

Perkara itu disuarakan sendiri oleh jurulatihnya Mat Zan Mat Aris, yang menganggap pihak pengurusan begitu serius untuk melihat KL PLUS beraksi cemerlang dalam saingan Piala Malaysia.

"Usaha keras pihak pengurusan dapat dilihat selepas meminjam tiga pemain dari pasukan T-Team, Mohd. Haris Safwan Mohd. Kamal, Muhd. Fakhrurazi Musa dan Rosdi Talib," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Mat Zan berkata, selain meminjam tiga pemain tersebut termasuk penjaring terbanyak Liga Perdana (Haris), perlawanan persahabatan juga akan diadakan pada bulan puasa ini bagi mempersiapkan pasukan.

"Kita sudah memulakan latihan pada minggu ini dan bermula pada minggu depan kita akan mengadakan latihan di sebelah malam.

"Selain itu, sekurang-kurangnya lima perlawanan persahabatan akan diadakan dalam bulan puasa ini bagi mempersiapkan pasukan menjelang saingan Piala Malaysia," katanya.

Mat Zan berkata, usaha keras tersebut dilakukan memandangkan pemain tidak mempunyai banyak masa berikutan Piala Malaysia akan bermula beberapa hari selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Semuanya akan dilakukan pada bulan puasa ini baik latihan di padang, gimnasium mahupun perlawanan persahabatan.

"Kita juga sedang mengatur untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan dari Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Harimau Muda," katanya

Selain itu mereka juga sedang mengatur perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan dan KM Naza yang turut menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan di sekitar Lembah Klang.

Ditanya mengenai peluang pasukannya yang diundi berada di Kumpulan A bersama Perlis, Pahang dan Melaka, Mat Zan berkata, perkara tersebut sukar diramal memandangkan semangat Piala Malaysia berbeza dengan saingan liga.

"Kita tidak boleh membuat andaian pasukan mana yang kuat dan lemah dalam saingan Piala Malaysia, walaupun di atas kertas kami dianggap pilihan bersama Perlis.

"Bagaimanapun sasaran kami sekurang-kurangnya mara sehingga ke saingan separuh akhir," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...