Skip to main content

Roslinda tetap bersemangat


ROSLINDA tidak hilang tumpuan meskipun gagal pada Kejohanan Dunia.


RATU lompat bergalah negara, Roslinda Samsu belum putus harapan.

Walaupun gagal melonjakkan namanya pada Kejohanan Olahraga Dunia minggu lalu ia tetap tidak menjejaskan misinya untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Laos penghujung tahun ini.

Kejohanan Trek & Padang Asia (ATF) turut menjadi sasarannya.

Pada Kejohanan Dunia di Berlin itu, Roslinda gagal melayakkan diri ke pusingan akhir selepas menduduki tempat ke-14 daripada 16 peserta.

Dia yang menjadi wakil tunggal negara ke kejohanan berprestij itu sekadar mencatat ketinggian 4.25 meter.

"Bagi saya, catatan 4.25m itu bukanlah teruk sangat sebab saya hanya sempat menyertai tiga kejohanan tempatan dan dua peringkat kebangsaan," jelas Roslinda.

"Lagipun, kebanyakan kejohanan yang saya sertai itu bukan terlalu kompetitif untuk membolehkan saya melakukan yang terbaik di Berlin."

Begitupun, Roslinda sedar perjuangannya untuk tahun ini belum berakhir kerana sasaran terbarunya adalah pada Kejohanan Trek & Padang Asia (ATF) di Guangzhou, China pada November ini selain temasya Sukan SEA Disember depan.

"Selepas berakhirnya Kejohanan Dunia, saya akan kembali memulakan latihan ke peringkat paling asas," tambah atlet kelahiran Kedah ini.

"Ia amat penting untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi dua kejohanan utama itu.

"Saya akui, andai semua persiapan berjalan lancar, saya masih mempunyai peluang untuk memperbaharui rekod kebangsaan milik saya sendiri."

Untuk rekod, Roslinda merupakan pemegang rekod kebangsaan acara lompat bergalah wanita dengan catatan 4.40m yang dilakukan di Barcelona pada tahun 2007.

Dia juga merupakan pemenang emas pada Kejohanan Trek & Padang Asia (ATF) di Amman, Jordan dua tahun lalu selain menjadi atlet No. 1 di pentas Sukan SEA..

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...