Skip to main content

'Tiada jaminan buat Chong Wei'

Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my


Chong Wei (kiri) dan Lin Dan.

Ketika ini senarai atlit dalam program itu bukan muktamad: Jalil

BERSTATUS pemain badminton nombor satu negara dan dunia ketika ini, tidak mungkin Lee Chong Wei sanggup diketepikan daripada perancangan mengejar gemilang Sukan Olimpik menerusi program 'Road to London 2012.'

Namun pada masa sama, kemungkinan tersisih itu ada � jika Chong Wei tidak mampu mengekalkan tahap prestasi selaku sandaran utama dalam tempoh hampir tiga tahun sebelum temasya terulung itu.

"Apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh tiga tahun akan datang. Kerana itu, atlit sudah terpilih dalam program 'Road to London 2012' perlu sentiasa memastikan mereka berada di tahap terbaik, termasuk Chong Wei," kata Pemangku Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jalil Abdullah, semalam.

Kemungkinan itu terserlah ekoran hakikat ditimbulkan betapa Chong Wei � di sebalik kekerapan menang beberapa gelaran Siri Super � masih belum mampu membawa pulang mahkota utama seperti daripada Kejohanan Dunia, Olimpik dan Seluruh England.

Selain itu, wujud juga kebimbangan betapa harapan yang terlalu disandarkan kepadanya mungkin tambah jadi beban ketika Chong Wei akan berusia 30 tahun � setahun lebih tua daripada jaguh China, Lin Dan � apabila temasya Olimpik berikutnya di London nanti.

Menurut Jalil, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, turut bersetuju betapa pendekatan terlalu mengharapkan hanya seorang atlit ketika tempoh sasaran masih jauh, bukanlah yang terbaik.

"Ketika ini, senarai atlit dalam program itu bukan muktamad. Kita sentiasa pantau prestasi atlit, mana yang berpotensi akan kita masukkan dan mana merosot, kita akan gugurkan.

"Pada masa sama, MSN juga sudah dan akan terus menyokong penghantaran atlit pelapis, termasuk pemain muda berpotensi untuk badminton, dengan harapan akan ada yang ketara meningkat dalam baki tempoh sebelum 2012.

"Ia sekali gus akan memberi kita kelompok lebih besar pemain untuk disandarkan harapan," katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...