Skip to main content

Bawah 20 ke Pra Sukan SEA


SKUAD Harimau Muda gigih berlatih bagi menghadapi kejohanan Pra Sukan SEA di Vientiane, Laos dari 2 hingga 6 Oktober depan.


MALAYSIA hanya akan menghantar skuad bawah 20 tahun (B-20) negara, Harimau Muda untuk beraksi pada Kejohanan Bola Sepak Jemputan Pra Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos dari 2 hingga 6 Oktober depan.

Ini kerana, semua pemain skuad B-23 negara kendalian K. Rajagobal akan beraksi pada siangan Piala Malaysia bermula Sabtu ini kecuali enam pemain Harimau Muda iaitu Ahmad Shakir Md. Ali, K. Gurusamy, Fandi Othman, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Faizal Muhamad.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, seramai 29 pemainnya termasuk enam pemain tersebut mula turun menjalani latihan petang semalam sebagai persiapan menghadapi Pra Sukan SEA itu.

"Sebenarnya skuad Harimau Muda bakal menghadapi dua kejohanan. Selepas Pra Sukan SEA di Laos ini, kami akan terus ke Vietnam untuk Kejohanan Jemputan B-21 Piala Newspaper 2009 bermula 9 Oktober depan.

"Daripada 29 pelatih yang ada ini, kita akan berlepas ke Laos Rabu depan dengan hanya membawa 20 pemain terbaik gabungan separuh pemain B-18 dan separuh pemain B-20," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Menurut Kim Swee, bagi Pra Sukan SEA, Malaysia akan membuka tirai saingan bertemu Thailand pada 2 Oktober diikuti perlawanan menentang Vietnam pada 4 Oktober dan Laos pada 6 Oktober.

"Kejohanan berlangsung secara liga satu pusingan. Hanya Laos turunkan skuad B-23 manakala Thailand dan Vietnam akan hantar pasukan B-19 yang pernah kita bertemu pada Kejohanan B-19 ASEAN (AFF) di Vietnam Ogos lalu.

"Kejohanan ini satu pengalaman baik buat pemain muda kita terutama enam pemain kita yang akan bersama skuad B-23 ke Sukan SEA Disember depan. Mereka dapat mengambil kesempatan merasai suasana dan keadaan padang di Laos," jelasnya.

Bagi saingan Piala Newspaper 2009 pula, Kim Swee berkata, Malaysia akan bertemu Iran B-21 pada 9 Oktober dan China B-21 pada 11 Oktober bagi saingan Kumpulan B manakala Kumpulan A pula membariskan tuan rumah, Vietnam, Thailand dan Singapura.

"Kita diundi dalam kumpulan sukar tetapi kita harus cuba beri saingan untuk mara ke separuh akhir. Dua kejohanan ini cukup penting sebagai persiapan kita ke pusingan kelayakan Kejohanan B-19 Asia (AFC) 2010 di China, November depan," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...