Skip to main content

Cadangan 'Pusat Skuasy Nicol David'

Oleh Shaarani Ismail
bhsukan@bharian.com.my


Nicol David

NAMA atlit negara yang banyak menabur jasa dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa, bakal diabadikan di gelanggang sukan diceburi mereka, seandainya cadangan Kementerian Belia dan Sukan diterima Kabinet.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kertas cadangan bagi menamakan beberapa gelanggang sukan itu dengan nama tokoh sukan yang masih hidup dan banyak menabur jasa, sudah disiapkan dan ia akan diusulkan dalam masa seminggu dua lagi.

"Sebelum ini ada peraturan yang mana kita tidak boleh menamakan bangunan atau tempat tertentu dengan mana mereka yang masih hidup...tetapi perkara itu akan diusulkan kepada Kabinet bagi mendapatkan pandangan dan kebenaran," katanya di Marang, semalam.

Ahmad Shabery berkata, menamakan fasiliti sukan dengan nama atlit yang banyak menyumbang jasa dan mengharumkan nama negara bukan sesuatu yang baru kerana sudah ada beberapa negara di dunia yang melaksanakannya.

Beliau berkata, dalam konteks Malaysia, buat permulaan kementerian bercadangan untuk menamakan gelanggang utama di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil dengan nama Nicol David kerana pencapaian cemerlangnya dalam mengungguli kejohanan Terbuka Dunia bagi kali keempat.

Katanya, langkah itu bukan saja akan menyuntik lebih semangat malah dianggap lebih bermakna kerana nama mereka diabadikan dalam arena sukan yang mereka wakili.

"Saya juga memaklumkan kepada Nicol mengenai perkara ini dan sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beliau (Perdana Menteri) memberi maklum balas yang cukup positif...cuma daripada segi formalitinya persetujuan Kabinet sangat diperlukan bagi merealisasikan perkara itu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...