Skip to main content

Chew Chan optimis pertahan pingat


CHEW CHAN (kanan) bakal beraksi dalam kategori middleweight acara taekwando pada Sukan SEA di Laos, hujung tahun ini.


WALAUPUN hampir setahun tidak mengikuti sebarang kejohanan, atlet taekwando negara, Che Chew Chan yakin mampu menyumbang satu pingat emas pada Sukan SEA di Laos hujung tahun ini.

Chew Chan yang akan mengambil bahagian dalam kategori middleweight (73 kilogram) mengakui misi untuk mempertahankan kejuaraan pada edisi 2007 di Korat, Thailand tidak begitu sukar baginya.

"Saya cuma berharap tidak akan mengalami sebarang kecederaan yang serius ketika beraksi di peringkat saingan nanti," katanya yang bakal membuat penampilkan kali kelima di pentas Sukan SEA.

Biarpun dilihat sebagai atlet berpengalaman, Chew Chan berkata, dia akan tetap berhati-hati ketika beraksi di Laos nanti.

"Walaupun sudah mencapai tahap atlet Olimpik, saya tidak boleh memandang rendah kepada pihak lawan kerana saya sudah lama tidak mengikuti kejohanan berbanding mereka (pihak lawan)," katanya yang turut beraksi pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

Chew Chan berkata, walaupun kecederaan di bahagian lutut yang dialaminya baru-baru ini belum pulih sepenuhnya tetapi dia tidak takut untuk beraksi.

"Saya hanya perlu berhati-hati ketika menjalani latihan agar tidak mengalami kecederaan namun saya tidak takut untuk menerima risiko tersebut apabila beraksi di Laos nanti," katanya.

Bagi mengelak daripada mengalami kecederaan sebelum beraksi di Laos, Chew Chan dinasihatkan agar tidak menyertai Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Denmark pada awal Oktober ini.

"Saya terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding di Denmark bagi memberikan lebih tumpuan kepada Sukan SEA," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...