Skip to main content

Marbawi bersemangat




WALAUPUN dipinggirkan daripada skuad memanah kebangsaan sejak Jun lepas, Mohd. Marbawi Sulaiman (gambar) masih belum berputus asa untuk kembali mewakili negara di peringkat antarabangsa.

Pemanah kelahiran Perak itu kini mengalami kemerosotan prestasi sehingga menyebabkan dia terlepas beberapa kejohanan besar seperti siri Piala Dunia di Turki (Jun), Grand Prix Asia di Kuala Lumpur (Julai) dan Kejohanan Dunia di Korea Selatan yang berlangsung pada awal bulan ini.

Kali terakhir Marbawi mewakili skuad kebangsaan adalah pada siri kedua Piala Dunia di Porac, Croatia pada Mei lepas apabila menduduki tempat ke-69, lima tempat daripada kelompok 64 terbaik untuk ke pusingan pertama kalah mati.

"Saya kini berusaha memberi fokus sepenuhnya kepada latihan terutamanya dari segi membaiki ketepatan panahan, sekali gus mengembalikan prestasi asal serta kembali mewakili skuad kebangsaan," katanya semalam.

Marbawi menjangka, dia memerlukan masa sebelum dapat kembali kepada prestasi asal.

Ditanya mengenai kemungkinan untuk bersara daripada skuad kebangsaan, Marbawi yang kini berusia 26 tahun berkata, ia bergantung kepada prestasinya dalam masa terdekat.

"Jika gagal terpilih untuk Sukan Asia (Guangzhou, China) dan Sukan Komanwel (India) pada tahun depan, saya mungkin akan mengambil keputusan bersara," katanya yang mewakili negara sejak 2002.

Bermula 2003, Marbawi mula mempamerkan kecemerlangan apabila memenangi pingat emas untuk negara pada Sukan SEA di Vietnam apabila menjuarai acara recurve individu dan berpasukan.

Ia diikuti dengan kejayaannya bersama-sama Cheng Chu Sian dan Wan Mohd. Khalmizan Wan Abdul Aziz meraih emas acara recurve berpasukan pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand.

Malah Marbawi, Chu Sian dan Wan Mohd. Khalmizan merupakan trio pemanah pertama negara layak ke Sukan Olimpik 2008 di Beijing secara merit.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...