KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Keghairahan orang ramai terhadap pasukan Formula One 1Malaysia (1MF1T) kini mulai membahang jika dilihat kepada maklum balas cukup memberangsangkan yang diterima terhadap tawaran untuk bekerja dengan pasukan F1 negara yang pertama itu.
Dalam masa hanya beberapa jam selepas 225 jawatan kosong dalam pasukan itu diiklankan, pasukan itu menerima lebih 6,000 permohonan menerusi e-mail, kata ketua pasukan tersebut Datuk Seri Tony Fernandes.
"Ia ada tanda sokongan yang cukup besar, dan e-mail pasukan dibanjiri oleh pemohon dari warga tempatan, yang menawarkan kemahiran masing-masing buat 1MF1T ini," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Fernandes yang juga peneraju syarikat penerbangan AirAsia berkata beliau menjangka jumlah pemohon akan tambah meningkat apabila iklan yang sama dibuka di Singapura dan Jakarta beberapa hari lagi.
Katanya kemahiran bidang kejuruteraan teknikal adalah aspek yang amat didambakan pasukan itu, termasuk aspek aerodinamik, reka bentuk komposit, eletronik, reka bentuk kotak gear, hidraulik serta penyelidikan dan pembangunan.
Fernandes berkata beliau yakin 1MF1T akan memulakan kempen mereka dalam F1 dengan menyertai perlawanan pembukaan musim tahun depan di Bahrain pada 14 Mac.
Beliau berkata kereta pasukan itu akan diuji awal Februari di Litar Antarabangsa Sepang, yang turut menjadi pangkalan pasukan itu, dan juga gelanggang Grand Prix Malaysia.
GP Bahrain kemudiannya akan disusuli dengan GP Australia pada 28 Mac, sebelum ia beralih ke GP Malaysia pada 4 April.
Fernandes berkata Malaysia F1 Team Sdn, yang merupakan syarikat perkongsian antara kerajaan Malaysia dan satu konsortium usahawan Malaysia dijangka membelanjakan antara RM100 juga dan RM150 juta setiap tahun untuk operasi pasukan itu.
-- BERNAMA
Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...
Comments
Post a Comment