Skip to main content

Pengorbanan Zakry-Fairuzizuan


ZAKRY (kanan) dan Fairuzizuan galas cabaran Malaysia pada Terbuka Jepun di Tokyo, Selasa ini.


APA lagi yang mampu diungkap selain mengharapkan keberkatan Syawal dalam misi menakluk Kejohanan Badminton Terbuka Jepun.

Bagi pemain beregu lelaki negara, Mohd. Zakry Abdul Latif, dia terpaksa melupakan seketika Aidilfitri tahun ini kerana bakal menggalas cabaran negara pada Terbuka Jepun yang bermula Selasa ini.

Begitupun, Zakry tidak pernah mengeluh, sebaliknya berharap dapat pulang ke tanah air dengan reputasi sebagai juara.

"Ketika umat Islam lain bergembira menyambut Aidilfitri, saya pula terpaksa meninggalkan keluarga untuk menyertai Terbuka Jepun pada malam 1 Syawal," kata Zakry.

"Mujur keluarga memahami dan sudah terbiasa dengan situasi saya selaku pemain sepenuh masa.

"Ini bukan kali pertama saya tidak dapat menyambut perayaan lebih lama di Malaysia. Malah, saya juga pernah tidak menyambut Aidilfitri selama dua tahun berturut-turut.


ZAKRY (belakang) dan Fairuzizuan.


"Bagaimanapun, saya tidak terlalu ralat kerana sekurang-kurangnya saya tetap bersama mereka pada pagi Syawal tahun ini.

Zakry yang bergandingan bersama Mohd. Fairuzizuan Tazari menambah: "Saya amat berharap dapat menjuarai kejohanan ini sebagai hadiah untuk keluarga dan saya percaya, di bulan yang mulia ini, pasti ada rezeki untuk saya."

Dalam pada itu, Fairuzizuan juga berjanji akan mencuba yang terbaik dan memastikan tidak ada apa yang mampu mengganggu tumpuannya untuk meraih kejayaan di Jepun.

"Pagi raya saya sempat bersama keluarga di Taiping, Perak tetapi saya tidak sempat untuk bertemu tunang tersayang kerana harus berlepas ke Jepun," kata Fairuzizuan.

"Begitupun, saya akan pastikan tumpuan saya tidak terjejas dan akan mencuba yang terbaik."

Zakry-Fairuzizuan yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh pada Terbuka Jepun, akan memulakan aksi menentang beregu Thailand, Songphon Anugritaywon-Sudket Prapakamol pada pusingan pertama sebelum dijadual menentang pilihan ketiga dari Korea Selatan, Jun Jae Sung-Lee Yong Dae pada pusingan ketiga.

Selain Terbuka Jepun, Zakry-Fairuziuan turut menanam impian untuk merangkul pingat emas pada temasya Sukan SEA di Laos, Disember depan.

Beregu No. 2 negara itu bakal membuat penampilan pertama di pentas Sukan SEA selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk menghantar barisan elit negara.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...