Skip to main content

Ranking No 1 lawn bowl tiada makna: Safuan

Oleh Meor Hisham Zulkifli
sham@bharian.com.my


Safuan Said

Bukan sukan popular dan tidak disenarai ke Olimpik

TIGA tahun berkedudukan nombor satu dunia, sekadar cukup untuk kepuasan diri dan keluarga, namun dirinya agak terkilan tidak mendapat tempat seperti atlit lain yang baru mengecap ranking utama itu.

Itu luahan rasa Safuan Said, jagoan lawn bowl negara yang mengungguli ranking dunia baik dalam acara perseorangan, beregu atau berempat.

Ditanya mengapa atlit berusia 27 tahun itu sering kelihatan menyendiri atau hanya berada dalam kelompok lawn bowl saja, pendek dia menjawab "biarlah, dah biasa, lagi pun kami bukan atlit Olimpik."

Cuba memancing perasaannya dengan kata-kata 'anda sebenar patut rasa bangga sebagai pemain nombor satu dunia', pujian itu jelas tidak mampu mengubati rasa pedih yang menghiris hatinya.

"Memang saya nombor satu dunia, malah permainan lawn bowl sebenarnya mengambil masa panjang, ada kalanya satu permainan mengambil masa dua hari, berbanding sukan lain yang paling panjang pun, dua atau tiga jam saja.

"Tapi bila pulang ke sini, tiada siapa yang kenal kami pemain lawn bowl. Malah ada kalanya ketika berurusan di pejabat, pegawai kata, kami perlu akur terhadap 'profil' kami," katanya.

Ditanya apa yang dimaksudkan 'profil' Safuan enggan menjawab tetapi apa yang pasti hakikat yang perlu diakuinya betapa dirinya tidak dianggap setaraf dengan Nicol David atau Lee Chong Wei, mewakili dua sukan yang mendapat liputan meluas.

Namun keikhlasan Safuan untuk berbakti kepada negara terus bernyala apabila dia tegas menyatakan segala itu bukan menjadi alasan untuknya tidak meneruskan usaha mengharumkan nama negara.

"Sejak 2005 saya dipilih untuk skuad kebangsaan dan selepas itu memulakan kejayaan dengan pingat emas di Sukan Sea Manila dan banyak lagi kejohanan lain yang saya muncul juara. Tekad saya adalah terus fokus dan mengharumkan nama negara.

"Selepas ini, saya akan menyertai kejohanan di Perlis diikuti saingan beregu antarabangsa di Ireland dan Kejuaraan Asia di China.

"Saya akan cuba mempertahankan kedudukan juara dalam kejohanan itu," katanya sambil menegaskan perjuangan atlit lawn bowl bukan saja meraih pingat, tetapi turut berusaha mempopularkan sukan ini untuk membolehkan atlitnya berdiri sama tinggi dengan atlit lain.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...