Skip to main content

Rayzamshah kembali dapat keyakinan baru


RAYZAM semakin yakin selepas berguru selama dua bulan di Jerman.


PENGALAMAN dua bulan berlatih di Jerman telah mengembalikan keyakinan jaguh acara 110 meter lari berpagar negara, Rayzamshah Wan Sofian.

Keyakinan itu semakin melonjakkan semangatnya untuk kembali menggegar trek pada Sukan SEA di Laos Disember depan.

Malah, atlet kelahiran Sabah itu juga bertekad untuk mempertahankan pingat emas dan rekod Sukan SEA yang dilakukannya pada edisi 2007 di Korat dua tahun lalu.

"Memang saya mahu pertahankan pingat emas yang saya menangi dua tahun lalu. Tidak kira dengan apa cara sekali pun, saya akan berusaha untuk mencapainya," ujar Rayzamshah yang kini memegang rekod Sukan SEA dengan catatan 13.91 saat.

"Begitupun, saya tidak mahu terlalu yakin kerana ia boleh menghadirkan tekanan kepada diri sendiri.

"Lagipun, saya perlu melepasi had kelayakan ke Sukan SEA iaitu 13.95s sebelum boleh membuat sebarang perancangan."

Sebagai persediaan awal, Rayzamshah mahu menggunakan sepenuhnya pengalamannya ketika berlatih di Jerman selama dua bulan baru-baru ini bagi melakar catatan yang lebih baik.

"Memang banyak yang saya pelajari sepanjang berada di Jerman. Saya juga telah beraksi dalam beberapa kejohanan tempatan selain diberi peluang membuat penampilan pada Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin," tambahnya yang mempunyai catatan peribadi terbaik musim ini dengan 13.98s.

"Saya harap saya dapat menggunakan sepenuhnya pengalaman ini untuk melepasi had kelayakan pada Terbuka Perlis dan Terbuka Malaysia bulan depan."

Dalam pada itu, Rayzamshah juga mengakui dia kini berada pada prestasi terbaik selepas kembali mendapat sentuhan daripada jurulatih peribadinya, Raymie Abu Bakar.

"Bayangkanlah, saya terpaksa berlatih di Jerman selama dua bulan tanpa kehadiran Raymie dan saya masih mampu mencatat masa 13.98s.

"Kini, saya telah kembali berlatih di bawah bimbingan Raymie dan saya harap saya mampu melakukan yang lebih baik daripada itu terutamanya untuk melepasi had kelayakan ke Sukan SEA," ujar Rayzamshah.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...