Skip to main content

Robani mahu genggam emas


ROBANI bertekad untuk meraih pingat emas pada Sukan SEA di Laos, Disember depan.


DUA tahun lalu, Robani Hassan hanya mampu berdiam diri selepas namanya disingkirkan daripada skuad olahraga ke Sukan SEA Korat gara-gara masalah kecederaan.

Kini, selepas hampir dua tahun 'berdiam diri' dan melalui pelbagai proses pemulihan, Robani tampil dengan semangat baru.

Misinya hanya satu, mahu mengembalikan reputasinya selaku jaguh acara 110 meter lari berpagar dengan hasrat untuk menguasai temasya Sukan SEA di Laos, Disember depan.

"Buat masa ini, saya masih belum layak lagi ke temasya itu, namun secara peribadi saya sudah bersedia seratus peratus untuk melakukannya (lepasi had kelayakan)," jelas Robani yang juga pemenang pingat emas pada temasya 2005 di Manila.

"Saya juga tidak mahu terlalu yakin walaupun sedar pihak persatuan menyenaraikan saya antara potensi untuk menang pingat pada temasya itu nanti."

Untuk rekod, Robani mempunyai catatan peribadi terbaik tahun ini iaitu 14.13 saat yang dilakukannya pada Terbuka Taiwan dua bulan lalu.

Begitupun, catatan itu masih belum meyakinkan jika dibandingkan dengan had kelayakan untuk ke Sukan SEA iaitu 13.95s.

"Sasaran terdekat saya adalah pada Terbuka Malaysia bulan depan dan ia adalah peluang terbaik untuk melepasi had kelayakan.

"Lagipun, tahap kecederaan saya semakin pulih dan teknik larian juga bertambah baik. Apa yang penting adalah fokus kepada kekuatan mental," tambah Robani.

Robani juga mengakui dia tidak berdepan sebarang tekanan andai dipilih beraksi pada Sukan SEA di Laos Disember ini.

"Saya akan beraksi tanpa sebarang tekanan kerana saya sedar saya bukanlah juara bertahan. Jadi, saya boleh berlari dengan tenang.

"Tapi, saya tetap sedar bahawa tumpuan saya ke sana adalah untuk meraih pingat emas bagi menebus kekecewaan kerana tidak beraksi di Korat dua tahun lalu," jelas Robani lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...