Skip to main content

Sasaran Kata: Apa hujung derita Chong Wei

Oleh Norbakti Alias

BAM, ISN wajar fikir rawatan atau pembedahan yang harus dilalui jagoan itu

SIAPA yang mahu bertanggungjawab sekarang?

Itulah bicara yang kini berlegar dalam fikiran peminat sukan, khususnya badminton ekoran kekalahan pemain utama negara, Lee Chong Wei seawal pusingan kedua di Terbuka Jepun, minggu lalu.

Bukan kekalahannya kepada pemain Indonesia, Simon Santoso yang mahu diperkatakan tetapi kecederaan atau lebih tepat lagi ketumbuhan di sebelah bawah paha kirinya yang semakin menjejaskan pergerakannya.

Penulis dimaklumkan masalah ketumbuhan itu pernah disuarakan kepada pegawai perubatan pasukan. Namun, ketika itu ia dianggap sesuatu yang tidak serius.

Begitupun, ketumbuhan yang mulanya sebesar syiling 10 sen kini kecil sedikit daripada bola golf, yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kelancaran pergerakan Chong Wei di gelanggang.

Malah, jurulatihnya, Misbun Sidek mengakui kebimbangannya selepas mengesan ketumbuhan itu hampir dua tahun lalu, bertambah apabila melihat ia semakin membesar.

Penulis bukan mahu menyalahkan sesiapa dalam soal ini kerana ia sudah berlaku. Menuding jari menyalahkan sesiapa tidak akan menyelesaikan sebarang masalah yang kini terpaksa ditanggung Chong Wei.

Sebaliknya, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Institut Sukan Negara (ISN) wajar memikirkan secara serius bentuk rawatan atau pembedahan yang harus dilalui Chong Wei.

Segalanya perlu dirancang dengan berhati-hati. Jika memilih pembedahan, persoalan yang perlu dijawab adalah berapa lama proses pemulihan atau apa juga risikonya.

Dalam soal ini, Chong Wei yang tetap menjadi harapan negara untuk membantu dalam kempen Piala Thomas, Mei depan, serta memburu gelaran dunia yang belum dirasai mana-mana pemain badminton Malaysia, memerlukan rawatan terbaik.

Ketika dia masih menjadi harapan terbaik negara memburu pingat emas Sukan Olimpik London 2012, mahu atau tidak, BAM atau pun ISN perlu memikirkan rawatan terbaik buatnya.

Sudah ramai atlit negara yang menjalani pembedahan akibat kecederaan di dalam negara. Ada yang mampu kembali dan tidak kurang juga yang terpaksa melupakan terus sukan selepas pembedahan gagal membantu mereka seperti nasib dialami atlit dekathlon, Abdul Malik Tobias.

Malah, penulis juga tertanya-tanya apa nasib bakal dihadapi pemain badminton wanita negara, Julia Wong, yang menjalani pembedahan di lututnya selepas cedera sewaktu kempen Piala Sudirman di Guangzhou, April lalu.

Seandainya atlit perlu pembedahan khusus membabitkan sendi, mereka memerlukan rawatan yang agak berbeza daripada mereka yang melakukannya selepas mengalami kemalangan.

Ini bukan soal untuk atlit setakat kembali menjalani kehidupan seperti orang biasa, tetapi apa diperlukan adalah rawatan yang mampu mengembalikan kekuatan mereka untuk mengharungi sukan berprestasi tinggi.

Dalam kes Chong Wei, dia masih mampu menyumbang tenaga untuk beberapa tahun lagi. Malah, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing 2008 adalah antara idola sukan tempatan.

Adalah amat merugikan jika pembedahan hanya memendekkan atau menamatkan sumbangannya kepada negara pada ketika masih banyak lagi mampu dicurahkannya.

Biarpun masih ada empat kejohanan Super Siri tahun ini, Denmark, Perancis, Hong Kong dan China, Chong Wei masih mampu mengetepikan semua itu kerana kutipan matanya sudah menjamin tempat ke Kejohanan Grand Prix Masters Siri Super.

Apa yang menjadi persoalan adalah bila Chong Wei perlu menjalani pembedahan itu dan sempatkah dia beraksi di Kejohanan Grand Prix Masters Siri Super penghujung tahun ini diikuti Terbuka Malaysia pada Januari.

Segalanya kini perlu ditentukan BAM dan ISN.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...