Skip to main content

Sekolah punca sukan negara malap?


KEJAYAAN Azizulhasni Awang dalam bidang pelajaran dan sukan wajar dijadikan contoh bagi generasi muda negara.


KOSMO! AHAD: Pertama sekali, apa yang Tan Sri dapat lihat mengenai keadaan sukan di negara kita pada masa sekarang berbanding zaman dahulu?

KAY KIM: Apa yang saya lihat, generasi sekarang tidak seperti dahulu. Dahulu kami begitu tertarik dan teruja apabila sebut saja tentang sukan. Sehinggakan atlet kita pun bermain secara sukarela demi pengorbanan untuk negara.

Sebagai contoh, skuad badminton kita yang berjaya membawa Tanah Melayu muncul juara dunia buat kali pertama telah pergi bertanding di England pada ketika negara baru saja diisytihar darurat. Mereka terlebih dahulu pergi ke seluruh Tanah Melayu bagi mengutip wang sebagai tambang untuk ke England. Rakyat minat sukan, atlet pun bersemangat.

Tetapi sekarang ini, rakyat sudah tidak mengutamakan sukan. Atlet pun sudah tidak ghairah untuk mencipta kejayaan lebih besar dan pada masa yang sama berusaha memajukan diri mereka dengan bersungguh-sungguh.

JADI apa yang Tan Sri rasa menjadi punca utama kepada permasalahan tidak minat sukan di kalangan rakyat kita pada hari ini?

SECARA peribadi, saya salahkan semua ini kepada sistem persekolahan kita yang ada ketika ini. Sekolah sudah tidak menggalakkan pelajarnya supaya cenderung dan minat dalam sukan. Sekolah hanya tumpukan peperiksaan saja, bukan akademik. Kalau tumpu akademik, mereka pasti akan ambil kira juga tumpuan terhadap pendidikan rohani dan jasmani.

Ditambah pula dengan guru-guru pada masa sekarang yang tidak minat kepada sukan. Saya sendiri pernah jadi guru. Pelajar di bawah kendalian saya semua saya galak- kan aktif dan minat terhadap sukan.

Perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku dan berlarutan. Saya rasa sejak tahun 1960-an pun sudah nampak sukan semakin tidak diutamakan sehinggalah ke era millenium ini, memang minat terhadap sukan pudar sama sekali.

ITU apa yang berlaku di sekolah. Apakah masyarakat kita sendiri sebenarnya turut menjadi salah satu pendorong kepada masalah ini?

YA, memang perkara ini berkait sebenarnya. Ia bermula di sekolah. Apabila mereka yang bersekolah itu sudah dewasa dan mempunyai anak, anak-anak mereka itu juga dididik supaya tidak mengutamakan sukan dalam kehidupan mereka.

Jadi lahirlah masyarakat sekarang yang langsung mengetepikan sukan dalam kehidupan seharian mereka. Jika dahulu menjelang pukul 4 petang, budak-budak sudah turun padang. Main bola sepak, badminton, sepak takraw, lumba lari dan sebagainya. Tetapi lihatlah sekarang, apa yang ada di padang-padang permainan kita pada sebelah petang? Tiada aktiviti sukan dijalankan.

JADI apa yang Tan Sri rasa boleh membantu kita untuk mengembalikan suasana dan budaya sukan di negara ini?

IA tetap berbalik kepada peranan sekolah yang saya katakan tadi. Sistem persekolahan kita perlu mendapat nasihat daripada orang- orang yang faham tentang sukan, bukan- nya sistem ditentukan oleh orang daripada pihak pentadbiran saja. Mereka ini tiada pengalaman dan tak tahu apa yang boleh dilakukan bagi menarik semula minat pelajar-pelajar terhadap sukan.

Jika sekolah dapat memberikan tumpuan kepada sukan, maka ia akan disusuli dengan perkembangan sukan di universiti dan seterusnya kepada masyarakat.

Selain itu, prestasi atlet-atlet negara juga perlu meningkat. Sebagai contoh, jika pasukan bola sepak kita sudah mula boleh menewaskan Thailand, Jepun dan Korea, barulah minat orang ramai kembali melonjak.

Saya ingat lagi Kejohanan Hoki Piala Dunia 1975. Malaysia berjaya menewaskan Belanda untuk mara ke separuh akhir bertemu India. Ketika itu perlawanan hoki itu diadakan di Stadium Merdeka dan separuh akhir tersebut dihadiri 50,000 orang penonton. Ia satu jumlah yang besar untuk acara hoki ketika itu.

Mujur ketika itu Malaysia gagal layak ke final bertemu Pakistan. Jika tidak, sudah tentu Stadium Merdeka runtuh kerana pasti lebih daripada 50,000 penonton akan hadir menyaksikannya. Begitu kuat penangan sukan pada ketika itu.

JIKA kita mahu mengubah sistem persekolahan, mungkin ia memakan masa untuk melihat hasilnya. Tiadakah cadangan jangka pendek lain yang Tan Sri rasa kita boleh buat untuk mengembalikan kehebatan sukan di negara ini?

SUSAH, memang susah. Kalau dahulu, mungkin boleh lagi. Sekarang dengan atlet-atlet kita sendiri pun yang hanya beraksi memikirkan ganjaran. Ini sudah jadi budaya. Susah kita nak lihat semangat berkobar-kobar dan keghaira- han melampau di kalangan atlet seka- rang.

Mereka ini seolah-olah sudah terlalu senang dan biasa dengan kemewahan. Saya ada dengar cerita terdapat pemain- pemain bola sepak kita yang bergaji sehingga RM17,000 sebulan. Sungguh lumayan dan mewah.

Selain itu, jika kita buat perbandingan pula dengan negara-negara pesaing kita suatu ketika dulu, mereka kini sudah jauh ke hadapan. Bola sepak, Korea Se- latan sudah mampu melangkah hingga ke separuh akhir Piala Dunia. Malaysia pula tersingkir seawal perlawanan pertama pusingan kelayakan.

Olahraga pula, catatan masa atlet kita, tiada kemajuan langsung. Tahap ketinggian lompatan, jauh lompatan juga tiada kemajuan. Pencapaian atlet lama yang kini sudah berusia 60 tahun pun masih belum mampu diperbaharui atlet kita sekarang.

BIARPUN Tan Sri seakan sudah putus asa dengan senario sukan negara ketika ini, boleh nyatakan sedikit apakah harapan Tan Sri untuk melihat kedudukan sukan kita pada masa akan datang?

SAYA sangat berharap kerajaan akan memberi perhatian lebih terhadap bidang sukan ini. Tak guna jika kita laung- kan slogan 1Malaysia jika masyarakat kita tidak bersatu memajukan sukan. Kita perlu bimbing masyarakat kita ini supaya tidak terus sesat dengan aktiviti-aktiviti lain yang melalaikan dan tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Kerajaan perlulah serius untuk mencari kelemahan dan memperbaiki prestasi dan budaya sukan di negara ini. Apa yang penting, jangan serah tugas ini kepada orang pentadbiran saja. Beri peluang kepada mereka yang arif dalam bidang sukan untuk membantu mengembalikan kegemilangan sukan di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...