Skip to main content

Hoki: Malaysia yakin prestasi semasa


KUALA LUMPUR - Skuad kebangsaan yakin mampu mengharungi pusingan kelayakan hoki Piala Dunia 2010 di New Zealand dari 7 hingga 15 November ini mengikut perancangan walaupun kehilangan dua tonggak senior akibat digugurkan.

Tanpa Ismail Abu dan Chua Boon Huat, semua pemain 18 yang terpilih ke New Zealand sudah bersedia untuk menggapai misi pulang dengan kejayaan demi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di New Delhi, India pada 28 Februari hingga 13 Mac tahun depan.

Ketua pasukan, Mohd. Madzli Ikmal Mohd. Nor berkata, dia dan rakan sepasukan akur dengan keputusan jurulatih Tai Beng Hai yang mengetepikan khidmat Ismail dan Boon Huat.

''Ketiadaan mereka tidak banyak perubahan corak permainan cuma kami kehilangan pemain pengalaman.

''Secara keseluruhan kami sudah bersedia untuk mengharungi pusingan kelayakan di New Zealand dan saya berharap rakan sepasukan memberi tumpuan seratus peratus di dalam setiap perlawanan,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Pada pusingan kelayakan, Malaysia diundi dalam kumpulan menentang Austria, China, tuan rumah, New Zealand; Scotland dan Wales

Hanya pasukan yang muncul juara layak ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan.

Skuad negara akan berlepas ke New Zealand Sabtu ini.

Tambah Mohd. Madzli, New Zealand dan China merupakan lawan terkuat pasukan negara pada pusingan kelayakan nanti.

"Kekuatan kita dan China agak seimbang, peluang kita dengan New Zealand pula 50-50, kelebihan tuan rumah mungkin memihak kepada mereka. Dalam masa yang sama kita juga tidak harus memandang rendah lawan dari Austria, Scotland dan Wales kerana lazimnya corak permainan dan kekuatan pasukan-pasukan Eropah tidak banyak berbeza.

"Faktor cuaca sejuk di New Zealand ketika kejohanan mungkin memberi kelebihan kepada kami kerana mampu lebih bertenaga,'' katanya.

Mengenai keputusan lima perlawanan test dengan skuad Australia di negara ini minggu lalu, yang menyaksikan pasukan negara kalah tiga dan seri dua kali, Mohd. Madzli berkata, keputusan tersebut bukan gambaran sebenar prestasi pasukan kebangsaan.

''Jurulatih mahu menilai keserasian gandingan di kalangan pemain ketika kami mengadakan perlawanan test dengan Australia.

''Ia merupakan perlawanan untuk menilai kelemahan dan memperbaikinya,'' ujarnya.

Jelas Mohd. Madzli lagi, dia dan rakan sepasukan mahu menjulang skuad hoki kebangsaan kali ini setelah gagal pada pusingan kelayakan Piala Dunia di China pada 2005.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...