Skip to main content

MSN mahu temukan legenda berjiran

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) bersedia mencontohi perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor dengan menganjurkan sebuah pertandingan khas yang menemukan bintang legenda sepak takraw Malaysia dengan lawan seangkatan dari Thailand sekiranya mendapat sambutan hangat penyertaan dan penonton.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, perlawanan berkonsep nostalgia perebutan Piala Malaysia antara Selangor-Singapura itu mungkin mampu diterapkan ke sukan sepak takraw dan sebagai langkah awal, sambutan dalam Libas Memori 2009 Sabtu ini bakal menjadi kayu pengukurnya.

Perlawanan khas nostalgia itu turut membuka peluang peminat setia sukan ini termasuk generasi baru, mengimbas semula aksi jaguh lama musuh tradisi Malaysia seperti Pakdee Dangwatanapaibul, Surat Na Chiengmai, Veeras Na Nongkhai dan Kriengkrai Mutalai.

"Ia satu idea yang baik untuk mengembalikan kegemilangan dan populariti sepak takraw Malaysia dengan mengambil contoh Piala Sultan Selangor yang diadakan secara tahunan," katanya pada sidang akhbar mengumumkan kejohanan khas untuk bintang legenda sepak takraw negara itu di Casa 1 MSN, Bukit Jalil, semalam.

Menurut Zolkples, kejohanan ini turut membuka peluang pemain negara generasi sekarang menimba sedikit sebanyak ilmu sepak takraw daripada aksi bintang silam yang masih berbisa dari segi kemahiran dan berpengalaman luas walaupun dengan tenaga dan kepantasan yang agak terbatas.

Katanya, Libas Memori 2009 di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Kuala Lumpur akan menampilkan nama besar sepak takraw satu ketika dulu seperti Adnan Saidin, Azman Ismail, Malek Shamsuddin, Zabidi Shariff, Iskandar Arshad, Rosli Ab. Rahman, Suhaimi Yusof, Ku Halim Ku Musa, Nordin Sabaruddin, Baharom Johar, Yusoff Chik, Mohd. Noor Abdullah dan ramai lagi.

"Saya juga menyeru pemain kebangsaan sekarang meluangkan cuti latihan hari itu dengan menonton aksi mereka kerana peluang ini amat sukar diperoleh.

"Kami mahu menjadikan persaingannya lebih terbuka dan seimbang memandangkan dua regu dari MSN dan wakil media turut diundang menyertainya," kata Zolkples yang juga bekas tekong juara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan pernah mendapat bimbingan Allahyarham Rubaii Daud Halim, bekas jurulatih Adnan pada era 80-an.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...