Skip to main content

Pusingan pertama Piala Dunia Klasik Hoy menanti Azizul di Manchester


KUALA LUMPUR - Juara dunia sudah pun berjaya ditewaskannya, kini tiba saat terbaik untuk Azizulhasni Awang menjinakkan pula juara Olimpik, Chris Hoy apabila pusingan pertama basikal trek Piala Dunia Klasik bermula di Manchester, esok.

Sejak tewas kepada pelumba hebat dari Britain itu pada suku akhir acara 200m pecut Sukan Olimpik Beijing tahun lalu, ini kali pertama Azizulhasni berpeluang bertarung lagi dengan idolanya itu.

Walaupun bertanding atas tiket sebuah kelab berbasikal profesional Australia, Bike Technologies dan bukannya Malaysia, Azizulhasni tetap menyimpan cita-cita untuk membalas dendam ke atas Hoy.

"Impian saya memang untuk tewaskan dia tetapi kami amat jarang dapat berlumba bersama sejak Sukan Olimpik Beijing lalu.

"Saya harap dapat berlumba dengannya pada perlumbaan Piala Dunia Klasik di Manchester hujung bulan ini untuk menilai jurang keupayaan antara kami," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Dengan jurang pengalaman dan perbezaan umur amat ketara antara kedua-dua pelumba, ia jelas bukan halangan buat Azizulhasni untuk menggegar kali ini.

"Chris Hoy adalah pelumba yang sangat berpengalaman. Sejak Sukan Komanwel di Kuala Lumpur lagi, beliau sudah beraksi di mana ketika itu saya masih lagi budak hingusan dan belum berkecimpung dalam arena basikal ini.

"Jarak pengalaman kami amat jauh sekali. Beliau juga salah seorang pelumba yang mempunyai nilai psikologi yang tinggi," tegasnya lagi.

Malaysia menghantar tujuh pelumba pada pusingan pertama di Manchester yang bakal berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Selain Azizulhasni yang mewakili kelab, cabaran skuad trek negara akan dipikul Ederus Yunus, Hafiz Sufian, Harrif Salleh, Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rosli dan pelumba tunggal wanita, Fatehah Mustapha.

Azizulhasni akan menyertai acara kegemarannya, pecut dan keirin bersama Hafiz manakala untuk acara pecut berpasukan menggandingkan Ederus, Hafiz dan Harrif. Satu lagi acara, 1km ujian masa kemungkinan bakal diisi Hafiz.

Adiq dan Amir pula lebih menumpukan kepada acara endurance seperti madison, scratch dan perlumbaan mata.

Sementara Fatehah akan menyertai tiga acara iaitu keirin, pecut dan 500m ujian masa individu wanita.

Britain selaku tuan rumah selain menyenaraikan Hoy, turut meletakkan harapan kepada nama-nama besar lain seperti Jason Kenny (pemenang pingat perak Olimpik pecut), Ross Edgar, Jamie Staff (keirin), Victoria Pendleton (juara pecut Olimpik wanita).

Bagi Hoy, ini aksi pertamanya sejak berehat panjang selepas terjatuh pada pusingan terakhir Piala Dunia Klasik di Copenhagen, Denmark tahun lalu.

Satu lagi negara kuasa besar basikal trek dunia, Australia pula menyenaraikan gabungan pelumba berpengalaman dan muda mereka.

Antara nama-nama besar adalah seperti Shane Perkin, Anna Meares, Daniel Ellis dan Jason Niblett.

Perancis pula menyenaraikan juara dunia 200m pecut, Gregory Bauge di samping Kevin Sireau.



Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...