Skip to main content

Remaja Malaysia Melangkah Ke Pusingan Ketiga Badminton Remaja Dunia


ALOR SETAR, 29 Okt (Bernama) -- Pemain perseorangan utama negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin melangkah ke pusingan ketiga selepas mudah menundukkan Ashwant Gobinathan dari Australia 21-5,21-10 pada kejohanan Badminton Remaja Dunia yang sedang berlangsung di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim di sini.

Iskandar yang juga pilihan kedua kejohanan berkata dia sudah melupakan kekecewaan tidak dapat beraksi dalam final acara berpasukan kerana keracunan makanan dan mahu menumpukan perhatian untuk perlawanan berikutnya.

"Saya kini mahu lebih fokus kerana setiap perlawanan adalah penting jika mahu muncul juara dan berharap dapat menebus kekecewaan dalam acara berpasukan dengan meraih pingat emas bagi acara perseorangan ini," katanya di sini selepas perlawanan.

Sementara itu, tiga lagi perseorangan lelaki negara turut melayakkan diri ke pusingan ketiga selepas menewaskan lawan masing-masing.

Muhammad Syawal Mohd Ismail yang juga pilihan 3/4 mendapat kemenangan percuma apabila lawannya dari Iraq, Dulaimi Muhammad Othman tidak muncul.

Misbun Ramdan Mohammed Misbun pula yang turun selaku pilihan 5/8 mudah menundukkan Hiroki Takeuchi dari Jepun dengan straight set 21-12 dan 21-14 manakala Zulfadli Zulkifli pula meranapkan impian pemain Sri Lanka Nuwan Hettaiarachchi menerusi kemenangan 21-7 dan 21-16.

Sementara itu, dua pemain perempuan turut melangkah ke pusingan ketiga setelah menewaskan lawan masing-masing.

Sonia Cheah Su Ya yang melakukan kejutan apabila mengalahkan pemain utama Taiwan semalam Chen Chi Ya, meneruskan aksi konsisten dengan kemenangan straight set 21-11, 21-15 ke atas Sarah Kong dari Kanada.

Tee Jing Lee pula tidak perlu memerah tenaga apabila mendapat kemenangan percuma setelah lawannya dari Kemboja Sovanpitch Sreynich Youth tidak muncul di gelanggang.

Bagaimanapun, Li Lian Yang gagal mengikut rentak cemerlang rakan sepasukannya apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Chia Chien Lu dari Taiwan dengan kekalahan 16-21,25-23, 21-18.

Sementara itu, dua pasangan beregu perempuan, Lai Pei Jing-Ng Hui Ern dan Shevon Jemie Lai-Ng Boon Hui juga mara selepas beraksi cemerlang pada pusingan kedua.

Pei Jing-Hui Ern menundukkan gandingan Singapura Tan Wei Han-Toh Siew Fen dengan straight set 21-12, 21-6 manakala Shevon-Boon Hui pula menyingkirkan kombinasi Austria-Perancis Alexandra Methis-Marie Mounoury juga dengan straight set 21-17-21-13.

Dua lagi beregu lelaki negara yang juga pilihan 3/4, Chooi Kah Ming-Ow Yao Han mudah menewaskan gandingan Macau Lam Chee Leong-Lei Meng Fai 21-6, 21-11.

Satu lagi wakil negara, Goh Jian Hao-Phang Zhen Lin pula mengecewakan pasangan Jepun, Kento Momota-Naoto Otaki dengan 21-15, 21-15.

Perlawanan pusingan ketiga perseorangan lelaki dan perempuan serta beregu campuran akan berlangsung pada pukul enam petang ini dengan Malaysia mempunyai wakil dalam setiap acara tersebut.

-- BERNAMA



Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...